Politik

Tony Pua angkuh masa jadi Setiausaha Politik Guan Eng, kata Tun M

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed berkata, Ahli Parlimen DAP Tony Pua sebagai angkuh dan berlagak seperti seorang menteri semasa berkhidmat sebagai setiausaha politik Lim Guan Eng.

Pada waktu itu Guan Eng merupakan Menteri Kewangan ketika Pakatan Harapan mentadbir negara selama 22 bulan.

Dr. Mahathir yang juga perdana menteri ketika itu, berkata, sikap Tony Pua itu menjadi punca ahli perniagaan menolak pentadbiran PH .

“Lim berpendapat kerajaan Najib Razak menyeleweng dan dia patut membatalkan semua kontrak yang dicapai dengan kerajaan terdahulu.

“Tapi apabila anda buat begitu, anda menjejaskan kontraktor, dan sesiapa saja yang mendapat kerja berkenaan termasuk pada pekerja, pembekal dan syarikat-syarikat sokongan.

“Justeru kita tidak boleh buat begitu saja kepada kontraktor atau mengurangkan kontak secara paksa.

“Sebagai setiausaha politik, anda sepatutnya memberikan laporan mengenai politik negara, bukan ke sana ke sini melaksanakan dasar kerajaan,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.

Mahathir berkata demikian dalam sidang media secara maya menjelang pelancaran buku baharunya.

Menurut Dr. Mahathir beliau menerima aduan berkaitan sikap angkuh Tony Pua daripada beberapa ahli perniagaan.

Saya hanya memetik satu contoh (dalam buku baru itu), ada ahli perniagaan lain – (termasuk) seorang Cina – memberitahu saya bahawa dia (Pua) sangat angkuh. Itu (angkuh) perkataan yang mereka gunakan… dia berkelakuan seolah-olah menteri,” katanya.

Menurut Dr. Mahathir, seseorang setiausaha politik tidak sepatutnya mengancam komuniti perniagaan.

“Disebabkan orang ini, ramai ahli perniagaan menentang kerajaan kerana mereka menganggap kerajaan tidak bersimpati kepada mereka,” katanya.-SM

(Visited 618 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button