Politik

13 cawangan UMNO Jempol bantah pemilihan calon BN

PERSIAPAN Barisan Nasional (BN) menghadapi PRU15 terus menerima tamparan apabila protes demi protes dilakukan ekoran penyokong tidak puas hati dengan pemilihan calon.

Terbaharu di Parlimen Jempol apabila 13 bilik gerakan di 13 UMNO cawangan di kawasan Parlimen berkenaan dilaporkan ditutup.

Tindakan itu dilakukabn kerana dipercayai ahli-ahli UMNO cawangan terbabit tidak puas terhadap dengan calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Jempol yang dikatakan bukan orang pilihan.

Blik gerakan UMNO cawangan  yang dikatakan ditutup ialah Batu Kikir Timir, Kampung Gajah Mati, Kampung Kuala Kepis, Batu Kikir Pekan, Taman Melor, Rompin, Serting Hilir, Palong 13, Serting Hilir 7, Taman Seri Serting, Taman Seri Rompin, Serting Hilir 1 dan Palong 10.

Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif yang juga penyandang kerusi berkenaan dikatakan tidak dicalonkan.
(Visited 253 times, 1 visits today)


Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button