Nasional

Covid-19: PM umum bantuan khas isi rumah

MEMAHAMI situasi getir yang dihadapi rakyat Malaysia dalam menghadapi penularan wabak Koronavirus (Covid-19), kerajaan umum bantuan khas kepada seluruh rakyat Malaysia.

Menerusi Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat, sebanyak RM250 bilion diperuntukan terhadap semua golongan rakyat termasuk pengusaha-pengusaha perniagaan kecil.

Justeru, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional melibatkan peruntukan sebanyak RM128 bilion.

[BACA] COVID-19: Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat berjumlah RM250 bilion — Suara Merdeka

“Bantuan khas RM1,600 diberikan kepada isi rumah golongan M40 ke bawah yang berpendapatan kurang RM4,000 sebulan. Bantuan dibayar dua kali iaitu RM1,000 pada April dan baki pada Mei.

“Bagi isi rumah berpendapatan RM4,000 hingga RM8,000, sebanyak RM1,000 akan dihulur yang akan dibayar dua kali iaitu pada bulan April dan Mei,” katanya dalam satu perutusan khas.

Sebelum itu, beliau mengumumkan peruntukan RM250 bilion itu sebagai bantuan untuk disalurkan kepada beberapa pihak termasuk memperkukuhkan ekonomi negara.

[BACA] COVID-19: Gaji menteri dipotong dua bulan — Suara Merdeka
[BACA] Covid-19: MB Perak umum potong dua bulan gaji — Suara Merdeka

“Daripada jumlah ini, hampir RM128 bilion bantuan disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS).

“RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara. Manakala sebanyak RM20 bilion bantuan telah diumumkan dalam pakej rangsangan sebelum ini,” jelasnya.

PETUGAS kesihatan yang keletihan, tidak cukup rehat dan tidur kerana berjuang membendung jangkitan Covid-19 yang bertambah setiap hari.

Terdahulu, Muhyiddin mengumumkan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula 1 hingga 14 April 2020.

[BACA] COVID-19: Guna pendekatan ‘cash is king’ pada skala paling besar bantu rakyat — Suara Merdeka

Pelanjutan itu disifatkan sebagai inisiatif bagi meneruskan pembendungan wabak Covid-19 yang terus mencatatkan jangkitan saban hari. – SM

(Visited 313 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button