JenayahNasional

Tangkapan tiga lelaki temukan lima kereta dicuri

PENANGKAPAN tiga lelaki yang dilakukan Polis Kuala Lumpur di hadapan sebuah kondominum di Jalan Klang Lama menemukan lima kereta dilapor hilang.

Penangkapan tersebut dibuat dalam Op Lejang Khas, selepas pihak polis mendapati sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna silver berada dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati tiga lelaki India berada di dalam kereta tersebut.

“Pemeriksaan lanjut dilakukan di dalam kereta tersebut. Polis menjumpai beberapa dokumen serta kunci kereta.

“Hasil soalsiasat yang dijalankan telah membawa kepada penemuan sebuah buah kereta Toyota Hilux dan empat kereta lain iaitu Honda CRV, Toyota Lexus, Audi AG serta Perodua Myvi yang turut dilaporkan hilang di sekitar Kuala Lumpur.

BACA > PRK Slim pada 29 Ogos — Suara Merdeka

“Jumlah rampasan dianggarkan bernilai RM300,000.00.”

Demikian kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim yang memaklumkan operasi tersebut dilakukan sepasukan Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur.

Terdahulu, beliau memaklumkan satu laporan polis dibuat seorang lelaki Cina berhubung kehilangan sebuah kereta jenis Toyota Hilux berwarna silver dipercayai dicuri.

Beliau berkata, kereta tersebut dilapor diletakkan dekat tempat letak kereta di sebuah premis di Jalan Munshi Abdullah, Kuala lumpur pada pukul 9.36 pagi.

Bagaimanapun, mangsa memaklumkan keretanya hilang apabila dia kembali ke keretanya pada pukul 10.15 pagi.

“Kereta tersebut dibeli dua hari sebelum ianya dilaporkan hilang iaitu pada 2 Jun 2020.

“Anggaran kerugian mangsa adalah lebih kurang RM50,000.00. Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam operasi pada 20 Julai 2020 yang dijalankan pada 8.30 malam itu, suspek lelaki berkenaan berusia 22 hingga 30 ditahan.

BACA > Baru sebulan jadi ‘tokan’ dadah dah kena tangkap — Suara Merdeka

“Hasil saringan awal air kencing yang dilakukan terhadap suspek mendapati kesemua suspek negatif dadah.

“Manakala, hasil semakan rekod lampau mendapati salah seorang daripada suspek tersebut mempunyai rekod lampau kesalahan melibatkan kes dadah.

“Kesemua suspek ditahan reman selama empat hari bermula 21 Julai 2020 hingga 24 Julai 2020 untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mencuri kenderaan.

“Jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda,” jelas Mazlan.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan modus operandi jenayah curi kereta tersebut dilakukan lebih daripada seorang.

Malah, setiap kereta yang dicuri akan dijual selepas nombor casis dan enjin ditukar.

“Pembeli akan dibekalkan dengan geran kenderaan palsu.

“Kumpulan ini dipercayai aktif melakukan jenayah curi kenderaan sejak awal tahun 2020.

“Polis Kuala Lumpur telah berjaya menyelesaikan sebanyak lima kes curi kereta dengan penangkapan tiga orang suspek ini.

BACA > Dua ditahan rasuah pegawai hidupan liar — Suara Merdeka

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta untuk menyalurkannya dengan cara menghubungi Bilik Gerakan Khas 24 Jam Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur.

“Iaitu, di talian 03-2146 0670, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana–mana Balai Polis berdekatan,” ujarnya. – SM

(Visited 307 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka
Back to top button