JenayahNasional

Dadah bernilai lebih setengah juta ringgit dirampas

DADAH bernilai lebih setengah juta ringgit berjaya dirampas Polis Kuala Lumpur dalam satu serbuan dekat sebuah kondominium di Seri Kembangan, Selangor.

Rampasan itu dibuat susulan sepasukan Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Sentul menahan seorang lelaki dan wanita di Jalan Suasa 3, Sungai Besi.

Hasil pemeriksaan dalam kereta jenis Perodua Myvi berwarna putih yang dinaiki mereka menemukan tiga batang anak kunci dan satu kad akses.

“Hasil soalsiasat dan dipandu arah oleh suspek, pada jam 5.40 petang hari yang sama.

“Polis kemudian membuat serbuan ke sebuah unit kondominium yang terletak di Seri Kembangan, Selangor dan menemui sebuah beg.

BACA > Lelaki terperangkap dalam banjir kilat di Cheras — Suara Merdeka

“Beg tersebut mengandungi dadah jenis Methamphetamine dengan anggaran berat 14,390 gram (g), Ganja (7,790g) dan 2,300 biji pil Ecstasy (1,000g).

“Ketiga-tiga jenis dadah itu masing-masing bernilai RM575,600, RM19,475 dan RM69,000 menjadikan jumlah keseluruhan bernilai RM664,075.”

Demikian makluman Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim dalam satu kenyataannya hari ini.

Menurutnya, nilai rampasan tersebut termasuk wang tunai RM14,000 yang ditemui di dalam kondominium tersebut.

Suspek lelaki kemudian didapati positif dadah jenis Tetrahydrocannabinol (THC) atau ganja.

Sementara suspek wanita pula negatif.

BACA > Dua ditahan rasuah pegawai hidupan liar — Suara Merdeka

“Semakan rekod lampau jenayah terhadap suspek lelaki merupakan sseorang penganggur mempunyai rekod wanted bersabit kes di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

“Manakala, suspek wanita yang merupakan seorang pembantu kedai makan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

“Keduadua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula 22 Julai 2020 hingga 28 Julai 2020 untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelasnya.

Tambah beliau, kesemua dadah dirampas itu dilapor merupakan bekalan daripada negara jiran yang diperoleh suspek lelaki terbabit.

“Usaha mengesan pembekal dan rakan sindiket suspek diteruskan oleh pihak Polis,” katanya.

Justeru, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta untuk menyalurkannya kepada Polis Kuala Lumpur.

BACA > Baru sebulan jadi ‘tokan’ dadah dah kena tangkap — Suara Merdeka

Sama ada menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana–mana Balai Polis berdekatan. – SM

(Visited 179 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button