Jenayah

Sebanyak 599 pusat hiburan di ibu kota diserbu sejak 2019.

Sebanyak 599 pusat hiburan di Kuala Lumpur dan Selangor diserbu sejak 2019 hingga kini dalam usaha membanteras aktiviti penggunaan dan pengedaran dadah di premis terbabit.

Menerusi serbuan itu, seramai 2,148 individu ditahan kerana disyaki terlibat dengan penggunaan dan pengedaran dadah manakala sebanyak 6.1 kilogram pelbagai jenis dadah dirampas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata sejak Januari lepas hingga kini, polis telah menyerbu 55 pusat hiburan dan menahan 160 orang selain merampas lebih kilogram dadah.

“Operasi turut melibatkan keseluruhan pengeluaran kompaun lebih RM1 juta di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Sepanjang tempoh operasi dilakukan, sebanyak 15 premis hiburan yang terlibat dengan kegiatan dadah telah ditutup,” katanya pada siding media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Mengulas dakwaan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mengenai 15 pusat hiburan di ibu kota yang dikesan melakukan kesalahan berkaitan dadah didalangi pemilik premis dan sindiket dadah, beliau berkata polis mengalu-alukan maklumat daripada mana-mana pihak berhubung perkara itu.

“Saya ada dimaklumkan oleh pegawai mengenai kenyataan itu namun masih belum menerima sebarang maklumat, siasatan dan Tindakan sewajarnya akan diambil,” katanya.

Musa yang juga Presiden Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) dilaporkan akan menyerahkan senarai 15 pusat hiburan itu kepada Pengarah Jabtan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dalam masa terdekat.

(Visited 133 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button