Ekonomi

GST, SST dan kos sara hidup rakyat perlu rasional

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang baharu dilantik, Isham Jalil giat dengan isu rakyat. Kali ini, beliau diundang sebagai salah seorang ahli panel bagi membincangkan isu tentang SST dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Dalam perbincangan secara maya anjuran Bait Al-Amanah itu, turut disentuh ialah rasionalisasi Dasar Cukai Negara dan kos sara hidup rakyat.

Pastinya Isham jagoh dalam isu-isu tersebut kerana pengalaman beliau dalam kerajaan selama 20 tahun sebelum ini adalah satu kelebihan bagi graduan Universiti Harvard.

Selain Isham, lain-lain panel yang terlibat dalam ialah , Pengarah Dasar Ekonomi, Institute for Democracy and Economic Affairs Dr. Juita Mohamad, Pengarah Penyelidikan, Bait Al-Amanah, Benedict Weerasena dan , Pengarah Penyelidikan, ZCG Consulting, Mohd Daud Md Din.

Kata Isham, GST dihapuskan sebab lobi politik dari orang kaya dan taikun yang mahu lari dari cukai manakala PH kata SST boleh kurangkan harga barang.

“Di bawah regim SST Pakatan Harapan (PH), kadar cukai naik hampir dua kali ganda tetapi kutipan kerajaan berkurangan kepada separuh dan harga barang naik melambung tinggi. Apa sudah jadi?,” soal Isham.

Beliau berkata, Kerajaan hilang lebih RM100 billion hasil cukai sejak pengenalan semula SST oleh PH.

Isham juga menepis dakwaan pengkritik bahawa pelaksanaan GST pada 2014 merupakan cukai regresif.

Beliau berkata, GST sebenarnya adalah cukai progresif kerana ia menghalang golongan kaya mengelak daripada membayar cukai.

“Apabila anda melaksanakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST), golongan kaya mampu elak daripada membayar cukai,” katanya.

Isham berkata, dengan adanya GST, ia akan membantu menambah keyakinan pelabur asing dan mereka juga yakin Malaysia tidak akan melaksanakan cukai lain.

Katanya lagi, apabila kerajaan PH memansuhkan GST pada 2019, pelabur asing bimbang bagaimanakah kerajaan akan menyelesaikan hutang RM1 trilion yang terkumpul ketika itu.

“Mereka bimbang kerajaan mungkin memperkenalkan bentuk cukai lain jika kerajaan PH tidak mempunyai sebarang rancangan untuk memperkenalkan cukai kepenggunaan,” ujar Isham.

Katanya lagi, kebimbangan pelabur menjejaskan Malaysia hingga menjadikan Indonesia dan Vietnam lebih menarik kepada banyak pihak untuk melabur.

Isham juga berkata, keberanian politik diperlukan untuk memperkenalkan semula GST.

“Dr Mahathir Mohamad mempertimbangkan untuk memperkenalkan semula GST (pada 2019), tetapi saya ragu adakah beliau serius melaksanakannya kerana lobi politik (daripada kalangan orang kaya) pada masa itu,” katanya. – SM

 

(Visited 417 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button