Nasional

Peniaga dihukum mati sebabkan kematian seorang pemuda

SEORANG peniaga tenang sewaktu dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah
Tinggi, Ayer Keroh di sini, hari ini, selepas didapati bersalah menyebabkan kematian seorang pemuda tidak dikenali enam tahun lalu.

Hakim Datuk Ahmad Nasfy Yasin menjatuhkan hukuman itu terhadap S. Pandiaraj, 33, selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di hujung pembelaan kes tersebut.

Dalam penghakimannya beliau berkata, setelah meneliti keterangan fakta forensik dan laporan bedah
siasat, mahkamah mendapati mangsa, S. Ammos Devaprraven, 27, meninggal dunia bukan disebabkan kemalangan jalan raya.

Mahkamah mendapati kecederaan dialami si mati adalah tidak konsisten dengan impak nahas, sebaliknya kematian itu disebabkan tindakan tertuduh yang mencederakan mangsa sehingga menyebabkan kematian.

“Di akhir kes pembelaan, mahkamah bersetuju dengan hujahan pendakwaan. Mahkamah memutuskan tertuduh bersalah dan disabit mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selain mahkamah tiada opsyen selain hukuman gantung sampai mati,” katanya Ahmad Nasfy.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama-sama dua lagi yang masih bebas bagi mencapai niat bersama melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Ammos Devaprraven.

Tertuduh didakwa melakukan tindakan itu di Jalan Tun Ali kira-kira pukul 4.30 pagi pada 23 Oktober 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan iaitu Pengarah Pendakwaan negeri, Ahmad Sazali Omar dan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Nabilalif Mohd. Rosli dalam hujahan menegaskan dua saksi mengatakan mangsa dipijak di kepala oleh tertuduh selama satu minit.

Ujarnya, saksi kemudian membawa mangsa ke Hospital Melaka dan membuat laporan palsu bahawa si mati dilanggar lari. Saksi bagaimanapun selepas itu menghubungi abang si mati memaklumkan adiknya dipijak di muka. – SM Melaka

 

(Visited 142 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button