PolitikPRK

PRK Slim pada 29 Ogos

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim akan berlangsung pada hari Sabtu, 29 Ogos.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu kenyataan berkata Hari Penamaan Calon akan berlangsung pada 15 Ogos dan Hari Mengundi Awal pada 25 Ogos.

Menurut Timbalan Pengerusi SPR Dr. Azmi Sharom, Daftar Pemilih Induk dan Dafar Pemilih Tambahan ST1/2020 yang dikemaskini sehingga 16 Julai akan digunakan.

Daftra pemilih tersebut mengandungi 23,094 orang pengundi yang terdiri daripada 22,815 orang pengundi biasa, 277 orang pengundi awal polis dan dua orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

“SPR akan turut menghantar Kad Pengundi kepada semua pengundi di DUN Slim. Kad tersbeut mengandungi maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan cadangan masa keluar mengundi yang digalakan,” kata Azmi.

Seramai 689 orang petugas akan dilantik mengendalikan proses PRK yang dianggarkan memerlukan peruntukan sebanyak RM4.6 juta.

Manakala sebanyak 13 buah pusat mengundi yang mengandungi 55 saluraj akan digunakan untuk kemudahan pengundi.

Pegawai Daerah Muallim Shamsul Ridzuan Idris dilantik sebagai Pengawai pengurus PRK DUN Slim.

SPR turut bersetuju menubuhkan dua Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya untuk memantai semua aktiviti kempen sepanjang tempoh rasmi berkempen.

Pasukan tersebut akan dianggotai oleh wakil-wakil daripada polis, Pihak Berkuasa Tempatan dan wakil-wakil calon yang bertanding.

PRK Slim diadakan berikutan  kematian penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib.

Mohd Khusairi, 59, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim meninggal dunia akibat kerana serangan jantung. Mohd Khusairi dipilih menjadi ADUN Slim sejak Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-11 pada 2004 lalu.

Pada PRU-14, beliau mengekalkan kerusi dengan majoriti 2,183 undi menentang calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang bertanding atas tiket PKR, iaitu Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS, Muhammad Zulfadli Zainal.-SM

(Visited 74 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button