Hiburan

Empat tahun Black peram Sabar

SELEPAS kontroversi meminta bantuan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan, Black seperti sunyi dalam bidang seni.

Namun, disebalik kecaman sebahagian netizen yang tidak faham dengan apa yang berlaku, Black sebenarnya sudah merancang sesuatu dalam kerjayanya.

Bakal muncul dengan lagu terbaharu yang dicipta sepenuh olehnya, judul lagu berjudul sabar itu seakan menerangkan apa yang dihadapinya sewaktu dikecam sebelum ini.

“Lagu ini 100 peratus hasil ciptaan saya. Sepanjang 12 tahun dalam industri, saya curahkan semua perasaan dalam lagu ini yang mana sudah disimpan selama empat tahun.

“Alasannya, ketika itu saya tidak yakin dengan diri untuk menghasilkan lagu sendiri. Namun, sepanjang tempoh itu saya ada memperdengarkan lagu ini kepada rakan penyanyi lain. Maklumbalas diberikan, mereka cakap kenapa saya tidak rakamkan lagu ini.

BACA> Kandungan patuh syariah di Nurflix

“Apabila lagu ini siap sepenuhnya dan dengar semula, mereka siap boleh hafal lagi. Itu menambahkan lagi keyakinan saya untuk mengeluarkan lagu ini. Malah, rakan bukan dalam industri pun suka dan jatuh cinta dengan lagu ini,” katanya.

Black yang pernah menjadi vokalis kumpulan Meet Uncle Hussain pada 2009 mengakui ‘Sabar’ adalah lagu yang cukup kena dengan jiwanya.

“Apa yang boleh saya katakan ialah lagu Sabar ini sangat lain dari lagu-lagu yang dihasilkan beberapa tahun sebelum ini. Ia lagu balada yang memang kena dengan jiwa saya. Kalau nyanyi pun memang ‘feel’ sepenuhnya.

“Dalam erti kata lain, lagu ini sebenarnya mengembalikan zaman saya mula-mula dulu. Kiranya kalau orang dengar lagu ini, orang sudah tahu ini adalah muzik dan identiti saya. Sewaktu proses rakaman pun semuanya mudah dan cepat saja sebab saya sudah faham melodi, lenggok dan lirik,” katanya.

Berkongsi lanjut, Black berkata lagu itu dirakam dan disiapkan sepenuhnya sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

BACA> Lesen Pengeluaran Filem, SSP untuk terbitkan filem wajib dimohon

“Empat tahun lalu lagu ini sangat ‘raw’. Apabila ada keyakinan, saya terus siapkan. Malah, gubahan lagu ini juga sama seperti apa yang saya bayangkan masa di awal dulu,” katanya.

Menurut Black, lagu ‘Sabar’ mengisahkan bagaimana seseorang bersabar dengan kehidupan dilalui samada kesabaran itu beroleh kegembiraan atau sebaliknya.

“Sewaktu menulis lagu ini diakui saya dalam keadaan tertekan dengan kehidupan sendiri. Jadi, mesej yang ingin disampaikan adalah sabar.

“Boleh jadi, sabar itu satu penantian dan permulaan dalam kehidupan. Mungkin ada yang bersabar hingga hujungnya peroleh kebaikan. Begitu juga sebaliknya.

“Sabar ini juga boleh dikaitkan dalam perhubungan percintaan, persahabatan, kekeluargaan dan apa saja. Kiranya, siapa yang mendengar lagu ini boleh dikaitkan dengan diri masing-masing,” katanya.

Single ‘Sabar’ terbitan dan edaran Nova Music Malaysia dilancarkan di semua platform digital muzik seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox dan Deezer pada esok. -SM

(Visited 104 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button