Nasional
Trending

Tuduh polis tendang motosikal ditunggang dua remaja, tujuh lelaki kena reman

BAHANA tularkan berita yang tidak betul tujuh lelaki kena reman tiga hari bermula hari ini sehingga 21 Januari ini untuk  membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan dua remaja lelaki yang menunggang motosikal di persimpangan lampu isyarat Tanjung Tokong di Georgetown, kelmarin.

Mereka yang berusia 23 hingga 45 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan iaitu menghalang penjawat awam menjalankan tugas ekoran insiden yang membabitkan tuduhan bahawa polis menendang motosikal terbabit.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Georgetown, Nur Fadrina Zulkhairi pagi ini.

Ketiga-tiga lelaki itu turut disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan) 2021.

Mereka semua ditahan di sekitar Jalan Patani dan Tanjong Tokong di sini, semalam.

Kumpulan lelaki itu bukan sahaja mencetuskan provokasi terhadap polis tetapi turut membuat tuduhan bahawa anggota polis menendang motosikal ditunggang dua remaja itu menyebabkan mereka terbabit kemalangan.

Video dan gambar provokasi itu turut tular di media sosial.

(Visited 231 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button