Nasional

KDN nafi lantik Pegawai Khas menteri daripada UMNO

PEJABAT Menteri Dalam Negeri menafikan berita palsu di media sosial berkaitan pelantikan seorang Pegawai Khas kepada Menteri Dalam Negeri yang melibatkan seorang pemimpin Pemuda UMNO Malaysia.

Setiausaha Politik kepada Menteri Dalam Negeri, Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad berkata, pihaknya menyelar penyebaran berita palsu tersebut.

“Kementerian Dalam Negeri akan terus fokus untuk memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat terutamanya dalam menangani penularan wabak COVID-19 ketika ini.

“Pihak Pejabat Menteri juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan perundangan terhadap mana-mana pihak yang masih berdegil menyebarkan berita palsu tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 3 jun lalu, akaun Facebook Perikatan Nasional Fans memberitahu, terdapat khabar angin yang mengatakan Wan Mohd. Azri atau lebih dikenali sebagai Papagomo akan dilantik sebagai pegawai khas di KDN. – SM

(Visited 291 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button