Uncategorized

Harga petrol, diesel terus turun, RON95 kini RM1.44 seliter

HARGA runcit petrol RON95 turun 38 sen berkuat kuasa tengah malam ini hingga 27 Mac menjadikan harganya turun daripada RM1.82 seliter kepada RM1.44 seliter.

Harga runcit petrol RON97 pula turun sebanyak 36 sen seliter iaitu daripada RM2.19 seliter kepada RM1.74 seliter.

Sementara Harga runcit diesel turun sebanyak 12 sen seliter iaitu daripada RM1.96 seliter kepada RM1.75 seliter.

Penurunan harga runcit produk petroleum adalah disebabkan trend harga minyak mentah dunia yang terus menurun ekoran ketidaktentuan ekonomi global akibat pendemik Covid-19.-SM

(Visited 386 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button