HiburanUncategorized

Farid Kamil pujuk Diana Daniella dengan material

USAHA memujuk dengan cara membeli jiwa secara material Diana Daniella, 32, dilakukan oleh Farid Kamil, 42, yang mengakui mahu menyelamatkan keluarganya yang kini terumbang ambing ekoran tuntutan permohonan cerai yang difailkan oleh aktres tersebut.

Sanggup berhabisan sehingga RM319,700 dengan membeli sebuah kenderaan jenis Toyota Velfire bernilai RM225,000 serta bayaran balik tiket penerbangan ketika melakukan umrah sebanyak RM44,000, itulah tawaran perdamaian yang dibuat terhadap isterinya, Diana.

Farid Kamil menawar aset demi memujuk hati Diana
Farid Kamil menawar aset demi memujuk hati Diana

Dengan material yang ditawarkan itu Farid berharap ia dapat melembutkan hati Diana demi menyelamatkan rumah tanggaa dan kebaikan dua anak mereka.
Untuk mencairkan hati Diana, barang kemas dan wang pendahuluan nafkah selama empat bulan berjumlah RM40,000 turut disertakan dalam tawaran perdamaian.

“Saya, Farid Kamil Zahari dengan setulus hati pada Ramadan penuh barakah ini ingin menawarkan isteri saya, Diana Danielle Danny Beeson tawaran seperti berikut sebagai usaha saya menyelamatkan keluarga yang amat saya sayangi.

“Sebuah kereta Toyota Vellfire bernilai RM225,000, barangan kemas bernilai RM10,700, wang pendahuluan nafkah dari Mac sehingga Jun 2023 bernilai RM40,000 dan bayaran balik tiket umrah yang sepatutnya adalah hadiah sudah bertukar menjadi hutang yang bernilai RM44,000.

“Saya amat berharap dengan tawaran yang membawa jumlah keseluruhan sebanyak RM319,700 ini mampu melembutkan hati isteri demi masa depan anak-anak kami,” katanya dalam kenyataan.

Kenyataan itu diedar oleh pengurus Farid kepada pengamal media ketika prosiding sulh masih berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah, Petaling Jaya, hari ini.

Diana dan peguamnya Datuk Akberdin Abdul Kadir bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah bagi prosiding tersebut.

Diana memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari kerana tiada persefahaman dan sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan.

Tidak seperti Syamsul Yusof yang turun naik mahkamah syariah, akhirnya melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Sehubungan itu Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan menetapkan 30 Mei depan sebagai tarikh JKP untuk kedua-dua belah pihak.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata Muhammad 10, dan Nur Aurora 8.

Isu rumahtangga Farid Kamil dan Diana Daniella berantakan sehingga ke tahap Diana menuntut cerai di mahkamah sejurus selepas kisah rumah tangga Syamsul Yusof dan Puteri Sarah bertebaran dalam media sosial.

ARTIKLE BERKAITAN :>

Farid Kamil minta buang bin, binti pada nama anak-anak-Diana Danille

(Visited 452 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button