Uncategorized

Keadaan Tonga kini diselaputi abu tebal

KERAJAAN Tonga dan agensi bantuan antarabangsa melaporkan kerosakan besar di pulau utama Tonga berikutan letusan gunung berapi bawah laut dan disusuli dengan Tsunami pada Sabtu lalu.

Seorang pegawai Agensi Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata beberapa pusat peranginan dan rumah di sepanjang pantai barat Tongatapu telah musnah atau rosak teruk, dengan ibu negara Nuku’alofa diselaputi abu.

Laporan awal selepas bencana itu mulai diterima pada Isnin, setelah Australia dan New Zealand menghantar pesawat peninjauan ketenteraan ke negara pulau Pasifik yang terpencil itu.

Dari situ, gambar penampakan Tonga selepas letusan gunung berapi di bawah laut diperolehi.

Laporan kerosakan juga telah datang dari Tonga menggunakan perkhidmatan telefon satelit dan melalui penerbangan peninjauan itu turut mengesan kerosakan ketara di pulau kecil Mongo dan Fonoi yang didiami 105 orang.

Imej satelit yang disediakan oleh Maxar Technologies menunjukkan keadaan rumah dan bangunan di Tonga sebelum letusan gunung berapi bawah laut.

Agensi Kemanusiaan PBB berkata suar kecemasan aktif telah dikesan daripada Mango.

Letusan gunung berapi Hunga-Tonga-Hunga-Ha’apai yang terletak kira-kira 64 kilometer di utara Nuku’alofa diketahui telah merosakkan kabel gentian optik bawah laut yang menyediakan perkhidmatan telefon dan internet ke pulau itu.

Operator berkata pembaikan kabel boleh mengambil masa dari satu hingga tiga minggu, bergantung kepada tahap kerosakan.

Pihak berkuasa Tonga sendiri menggesa penduduk untuk memakai pelitup muka dan minum air botol kerana abu daripada gunung berapi telah mengubah udara menjadi racun dan mencemarkan air bersih pulau itu.

Imej satelit menunjukkan keadaan Tonga selepas letusan gunung berapi bawah laut.

Pegawai tentera Australia dan New Zealand berkata pesawat kargo mereka tidak dapat menghantar bekalan bantuan yang sangat diperlukan sehingga landasan di lapangan terbang Tonga dibersihkan daripada abu.

Rancangan usaha bantuan juga rumit oleh kebimbangan pihak berkuasa Tonga mengenai pekerja bantuan yang membawa virus Covid-19 ke pulau itu, yang setakat ini telah terhindar daripada wabak itu.

Gabungan dua imej satelit menunjukkan keadaan di Tongatapu, Tonga, sebelum dan selepas letusan gunung berapi bawah laut.

Letusan itu mencetuskan amaran Tsunami merentasi sebahagian besar pantai barat Amerika Syarikat.

Di tempat lain, dua orang di Peru lemas dalam ombak tinggi yang dicetuskan oleh Tsunami.

Abu volkanik meliputi bangunan di Tonga

Tonga terletak di sepanjang ‘Ring of Fire’ Pasifik yang aktif secara seismik, yang dipenuhi dengan garis sesar seismik dan gunung berapi yang aktif. – SM

(Visited 186 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button