AnalisisPolitik

Dinamik politik negara berada di persimpangan jalan

MALAYSIA kini memasuki tahun keempat selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)v pada bulan Mei 2018. Dalam hampir tempoh empat tahun ini, negara menyaksikan tiga Perdana Menteri mengangkat sumpah di hadapan dua Yang di-Pertuan Agong yang berbeza.

Empat tahun ini merupakan empat tahun yang amat mencabar dan luar biasa ketika negara berhadapan dengan pelbagai dugaan dan musibah.

Selama 22 bulan di bawah pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) membawa satu pengertian yang sangat berbeza iaitu konsep MALAYSIA BARU yang jelas kelihatan GAGAL DI MATA RAKYAT.

Konsep 1MALAYSIA di zaman Datuk Seri Najib Razak juga luput begitu sahaja. Laungan WAWASAN 2020 juga padam begitu sahaja dalam lipatan sejarah negara.

Negara untuk kali pertamanya memperlihatkan Yang di-Pertuan Agong meletakkan jawatan Baginda sebelum tamat tempoh lima tahun menaiki takhta Kerajaan Persekutuan.

Negara juga buat kali pertamanya memperlihatkan dua orang Perdana Menteri (PM) meletakkan jawatan PM kerana kehilangan sokongan Ahli-Ahli Parlimen Dewan Rakyat. Kedua-dua perkara ini belum pernah berlaku dalam sejarah negara.

Seperkara yang amat penting dan yang tidak pernah berlaku dalam sejarah negara ialah PERUBAHAN KERAJAAN serta tumbangnya Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO. Rakyat Malaysia tidak pernah mimpikan suatu hari Kerajaan BN dan UMNO ini akhirnya akan tumbang.

Tumbangnya UMNO adalah kerana dua faktor yang penting iaitu UMNO ditumbangkan oleh bekas Presiden dan Perdana Menteri dari UMNO iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad. Hanya Tun Mahathir sahaja yang kelihatan dapat menumbangkan satu Kerajaan besar dan lama di Asia Tenggara ini.

Kedua, UMNO tumbang kerana bekas Presiden UMNO dan Perdana Menteri, Najib Razak gagal membaca kehendak rakyat pada ketika itu yang mahukan angin perubahan.

Di dalam empat tahun ini juga memperlihatkan beberapa LANGKAH (MOVE) DILAKUKAN dan ia adalah seperti berikut:

TUN Dr. Mahathir Mohamad

LANGKAH PORT DICKSON

Langkah Port Dickson dilakukan oleh pasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengosongkan kerusi Parlimen Port Dickson bertujuan memberi peluang kepada Anwar untuk kembali ke Dewan Rakyat setelah mendapat pengampunan di-Raja daripada Yang di-Pertuan Agong.

Langkah ini juga bertujuan untuk membolehkan Anwar menggantikan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri dalam tempoh dua tahun pemerintahan PH di Putrajaya.

Walau bagaimanapun, Langkah Port Dickson ini gagal.

LANGKAH SHERATON

Langkah Sheraton berlaku apabila terdapat tekanan untuk menggantikan Tun Mahathir dengan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

PELABURAN
MOHAMED AZMIN ALI

Apabila kumpulan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Zuraidah dan pemimpin-pemimpin parti BERSATU menarik sokongan daripada Kerajaan PH maka tumbanglah Kerajaan PH dan Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) dilantik sebagai Perdana Menteri.

Pada ketika Kerajaan Perikatan Nasional (PN) ini memerintah, tidak dapat dinafikan sumbangan terbesar Kerajaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah berhadapan dengan pandemik Covid-19.

Suatu bencana kesihatan yang terbesar yang tidak pernah sejarah dunia lalui.

Kerajaan PM TSMY telah berjaya membendung pandemik Covid-19 ini. Membawa masuk vaksin dan memperlihatkan kadar kematian yang lebih rendah berbanding dengan beberapa negara lain di dunia.

KERAJAAN TSMY BUKAN KERAJAAN YANG SEMPURNA

Kerajaan PM TSMY berkemungkinan besar tidaklah 100% sempurna dengan langkah-langkah yang diperkenalkan dan diambil untuk membendung pandemik Covid-19.

Tetapi sekurang-kurangnya TSMY berjaya menyelamatkan nyawa dan ekonomi rakyat jelata berbanding dengan Kerajaan PH yang pada ketika itu berada dalam situasi zero, kosong dan tidak mempunyai idea yang baik bagi membendung pandemik Covid-19 ini.

KERAJAAN 6 BULAN PERDANA MENTERI ISMAIL SABRI

Kerajaan 6 bulan PM Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula memperlihatkan satu cabaran yang amat berbeza iaitu berhadapan dengan pandemik Covid-10, bencana banjir, pemulihan ekonomi dan pilihan raya negeri.

Pelbagai cabaran yang dihadapi dalam satu jangka masa yang amat singkat kerana Perdana Menteri Ismail Sabri baru menjawat jawatan ini selama 6 bulan.

Kerajaan Ismail Sabri kelihatan sebagai SATU KERAJAAN YANG PRO-RAKYAT dengan berkonsepkan KERAJAAN KELUARGA MALAYSIA memandangkan Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum. Dalam erti kata lain, Malaysia sebuah negara yang majmuk.

Jadi, konsep Keluarga Malaysia dilihat perlu disemat di hati rakyat kerana KETIKA SUSAH DAN SENANG, sesebuah keluarga itu akan sentiasa menjaga keselamatan, kesejahteraan serta kebajikan ahli-ahli keluarga mereka.

AHLI KELUARGA AKAN JAGA SATU SAMA LAIN

Sesungguhnya konsep Keluarga Malaysia ini amat baik dan tepat pada masanya. Hanya yang merisaukan negara ini ialah keadaan ketidakstabilan politik akibat PRN Johor yang bakal berlangsung pada 12 Mac ini.

PRN Johor ini seolah-olah kelihatan seperti satu LANGKAH JOHOR (JOHOR MOVE).

Ia jelas kelihatan seperti satu PRN biasa seperti di Melaka dan Sabah tetapi tujuan yang tersirat menjadikan PRN Johor ini sebagai fokus utama negara.

Keadaan bertambah parah apabila pemimpin-pemimpin dari parti Perikatan Nasional dengan UMNO saban hari serang menyerang. Seolah-olah mereka sungguh-sungguh bermusuhan walaupun pada hakikatnya mereka berada dalam Kerajaan Campuran di peringkat Persekutuan.

Tugas PM Ismail Sabiri kelihatan bertambah sukar untuk memulihkan keyakinan dan ekonomi negara apabila negara saban bulan berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri.

Apapun rakyat Johor perlu keluar beramai-ramai untuk membuat pilihan dan menentukan bagaimanakah corak Kerajaan Negeri yang diinginkan untuk tempoh lima tahun mendatang ini. – SM

(Visited 491 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button