JenayahNasionalPendidikan

Polis buka kertas siasatan kes pelajar lelaki dibuli pelajar lain

Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes seorang pelajar lelaki yang melarikan diri dari asrama sebuah sekolah di Cheras kerana didakwa dibuli pelajar lain.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Allaudeen Abdul Majid berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 selepas ibu kepada remaja itu membuat laporan polis semalam.

“Kita akan panggil semua pihak yang terlibat.  Mangsa, keluarga, rakan dan pihak sekolah untuk dirakam keterangan dalam masa terdekat. Siasatan baharu sahaja bermula, sila beri kita sedikit masa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Kuala Lumpur di IPK Kuala Lumpur, hari ini.

Ibu kepada pelajar lelaki berkenaan membuat laporan polis di Pondok Polis Hospital Canselor Tuanku Muhriz pada jam 11.16 pagi semalam.

Pada 8 Disember lalu, pelajar itu ditemukan dalam keadaan lemah oleh ibu bapanya dan guru sekolah di Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak, beberapa jam selepas dilaporkan hilang dari asrama. -FMT-SM

BACA Kejadian buli di MCKK, bila nak dinoktahkan?

BACA KPM perlu bertindak proaktif berhubung insiden buli di Perak

(Visited 53 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button