Nasional

Penghantar makanan bawa ketum menggelabah bertembung polis

DUA lelaki berusia 18 dan 23 tahun yang membawa air ketum dengan menggunakan beg penghantar makanan terkejut selepas bertembung dengan polis peronda di sekitar kawasan Jinjang, kelmarin.

Malah, ketika diminta oleh polis, kedua-dua mereka nekad melarikan diri dengan dengan menunggang secara melawan arus ke arah kawasan Jinjang.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S. Shanmugamoorthy Chinniah berkata, kedua-dua suspek pada mulanya dilihat dalam keadaan mencurigakan kira-kira pukul 9.30 malam.

“Suspek kemudian diminta berhenti untuk pemeriksaan dan kedua-dua mereka bertindak melarikan diri dengan menunggang secara melawan arus.

“Kedua-dua mereka bagaimanapun berjaya ditahan selepas melanggar sebuah kereta jenis Nissan Sentra,” kataya dalam satu kenyataan hari ini.


Menurut Shanmugamoorthy, hasil pemeriksaan dilakukan menemui empat bungkusan berwarna hijau disyaki Mitragynine seberat 3.79 gram di dalam beg penghantar makanan dibawa suspek.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek saling mengenali antara satu sama lain sejak empat tahun lalu.

“Malah, suspek juga mengaku meminjam beg penghantar makanan daripada kawannya untuk mengelak daripada ditahan di sekatan jalan raya,” jelasnya.

Tambahnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. -SM

 

(Visited 36 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button