Nasional

LKIM beri jaminan bekalan ikan mencukupi, tak perlu naikkan harga

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) meminta pihak pemborong dan peniaga supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga hasil laut terutama ikan ketika musim Monsun Timur Laut (MTL) yang djangka bermula bulan ini hingga Mac depan.
Memetik laporan BERNAMA Pengerusi LKIM Muhammad Faiz Fadzil berkata hal ini kerana pihaknya memberi jaminan bekalan ikan negara mencukupi sepanjang tempoh itu, hasil persiapan awal agensi itu.
“Bekalan ikan yang terjejas adalah di Pantai Timur, itu pun melibatkan zon bot kecil yang hanya boleh ke laut tak lebih 5 batu nautika dari pesisir pantai manakala kapal-kapal besar seperti zon B dan C biasanya mereka masih ke laut, jadi sebenarnya tak ada kekurangan (ikan) yang kritikal kerana di Pantai Barat masih meneruskan tangkapan ikan.
“LKIM sedia dengan keadaan ini, kita ada stok bekalan ikan iaitu 90 tan metrik, pada masa sama LKIM bekerjasama dengan rakan-rakan dagang iaitu pihak swasta yang terlibat dengan industri perikanan iaitu keseluruhan ada 1,600 tan metrik ikan simpanan.
“Bekalan ikan memang mencukupi untuk rakyat kerana aktiviti (tangkap ikan) masih berterusan, malah kita ada ikan import dan ikan simpanan… jadi, tak seharusnya harga ikan melambung dan saya harap pihak peniaga, pemborong dan pengangkutan dalam setiap rangkaian bekalan tidak ambil kesempatan naikkan harga hanya kerana Monsun Timur Laut,” katanya.
(Visited 39 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button