Nasional

Bekalan telur gred C berkurang

SUSULAN permintaan tinggi daripada peniaga makanan Melaka hadapi kekurangan telur gred C dalam pasaran.

EXCO Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem, berkata ia berikutan harga telur ayam berkenaan adalah yang paling murah di pasaran ketika ini, iaitu 37 sen berbanding gred B (39 sen) dan gred A (41 sen).

“Masalah ini mula dikesan sejak Disember tahun lalu ketika negara berdepan bencana banjir. Ia kembali stabil pada Januari lalu tetapi pada Februari, bekalan berkurangan disebabkan sambutan Tahun Baharu Cina,” katanya ketika ditemui pemberita, semalam.

Jelasnya, masalah ini mulai stabil pada bulan lalu tetapi menjelang April, bekalan kembali susut berikutan umat Islam menyambut Ramadan.

“Telur gred A dan B masih banyak dalam pasaran tempatan walaupun sebahagiannya dieksport ke Singapura” jelasnya.

Tambahnya lagi, masalah ini bukan sahaja berlaku di Melaka namum membabitkan negeri lain.

“Justeru, saya menyeru agar peniaga makanan membeli juga telur ayam gred A dan B kerana perbezaan harga hanyalah 2 sen bagi setiap gred.

“Agak sukar kepada pengeluar untuk mengeluarkan telur satu gred saja kerana ia di luar kawalan mereka,” katanya. – BH – SM

(Visited 210 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button