Nasional

UPSI lancar tabung bangunkan Alumni Square

UNIVERSITI Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Pusat Alumni mengadakan majlis apresiasi alumni staf Anak Kandung Suluh Budiman di kalangan staf UPSI yang bertugas di pelbagai fakulti dan pusat tanggungjawab.

Program berkonsep santai di Dewan Banquet, Bangunan E-learning, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI petang 26 September itu dirasmikan Naib Canselor UPSI, Prof Dato’ Dr. Md. Amin Md. Taff diadakan bertujuan untuk mengumpul para staf alumni AKSB dan merapatkan lagi silaturahim antara mereka.

Prof Md Amin (tengah) pada majlis perasmian pelancaran tabung Alumni Square.

Menurut Prof Md Amin Majlis Apresiasi Alumni staf Anak Kandung Suluh Budiman UPSI yang dihadiri oleh 122 orang alumni staf itu sebagai menghargai sumbangan mereka mencorak kemajuan dan kegemilangan universiti tercinta.

“Saya bangga dengan inisiatif Pusat Alumni UPSI yang berusaha memelihara hubungan silaturahim dan bertanyakan khabar diantara alumni-alumni dari pelbagai fakulti dan pusat tanggunggjawab.

Pengarah Pusat Alumni UPSI, Dr. Hartini, sedang memberi ucapan aluan ketika majlis berlangsung.

Para alumni, katanya, terdiri daripada pelbagai pangkat dan jawatan yang banyak mengharumkan nama universiti dalam pelbagai percapaian yang terdiri daripada pelbagai peringkat. Katanya, dengan adanya usaha dan kerjasama alumni-alumni staf, kini nama UPSI berjaya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama universiti-universiti awam lain dalam pelbagai bidang.

Justeru, katanya, menyebabkan QS-Ranking UPSI terus melonjak ke kedudukan yang semakin baik.

Prof Md Amin yang juga alumni Anak Kandung Suluh Budiman turut merasmikan “Alumni Square”, mengucapkan tahniah kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Dr. Norkhalid Salimin yang mencadangkan pembinaan dataran berkenaan.

Beliau berharap majlis seumpamanya akan dapat diadakan dengan lebih kerap supaya ukhwah yang terjalin akan lebih kukuh dan pelbagai perancangan dapat dikongsi untuk kebaikan bersama. Seterusnya beliau merasmikan pelancaran tabung UPSI.

Beliau menyeru supaya alumni staf yang belajar menimba ilmu di peringkat tinggi di bumi Tanjong Malim ini seterusnya berkhidmat bakti di UPSI.

“Oleh itu, nikmat kesyukuran tersebut seharusnya akan lebih bermakna jika ia dapat dikongsi sebahagian darinya kepada alma-mater melalui Pusat Alumni.

Beliau berharap semua alumni staf akan berganding bahu untuk menyumbang dan menjadi wakil universiti untuk sama-sama mendapatkan sumbangan dari pelbagai pihak sama ada agensi luar, individu atau di pusat tanggungjawab masing-masing bagi merealisasikan hasrat untuk mendapatkan sumbangan sebanyak RM 800,000.00 bagi menyiapkan projek “Alumni Square” tersebut.

Dr Hartini menyampaikan cenderahati kepada alumni AKSB staf UPSI yang hadir ketika Majlis Apresiasi Alumni staf AKSB UPSI.

Hadir sama Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Datuk Seri Ahmad Burak (wakil alumni) dan beberapa Ahli Jawatankuasa Persatuan Alumni Suluh Budiman (PASB) sebagai tanda sokongan terhadap peranan alumni Anak Kandung Suluh Budiman.

Pengarah Pusat Alumni, Dr. Siti Hartini Azmi merakamkan jutaan terima kasih kepada semua alumni staf yang hadir memeriahkan majlis.

“Pusat Alumni UPSI mengambil inisiatif untuk membolehkan alumni memperolehi diskaun 20% kadar yuran bagi alumni yang berhasrat menyambung pengajian di UPSI, diskaun pembelian buku dan lain-lain insentif khas untuk para alumni.

Selain itu, katanya, Pusat Alumni akan mewujudkan sebuah dataran alumni yang dikenali sebagai “Alumni Square” yang akan dibina dalam masa terdekat bagi tujuan memahat nama para alumni UPSI bermula dari istiadat konvokesyen yang pertama hingga sekarang.

“Nama para alumni ini akan di pahat secara kekal sebagai kenangan di dataran tersebut dan komitmen alumni amatlah diharapkan dalam bentuk sumbangan kewangan bagi merealisasikan projek tersebut, “ katanya. -SM

Baca : AKIRA 2022 iktiraf sumbangan akademia UPSI

(Visited 25 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button