fbpx
Nasional

Tidak mudah bagi peniaga, peruncit

Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan rasa simpati beliau terhadap keperitan yang dialami oleh peniaga dan peruncit.
Najib dalam hantaran ke Facebook berkata, ” Saya faham keperitan yang dihadapi. Selalu saya beli daripada mereka dan banyak mereka kongsikan.
Ramai yang buka gerai, buka kedai berhampiran dengan pejabat-pejabat atau dekat dengan sekolah.
“Kawasan-kawasan tumpuan. Orang bandar ini pagi-pagi seawal 5-6am sudah keluar rumah hantar anak ke sekolah, pergi kerja.
“Kebanyakan daripada kita tidak tinggal berhampiran tempat kerja.
Ada yang rumah di Subang Jaya, kerja Kuala Lumpur. Ada yang tinggal di Ampang, kerja di Bangi,” katanya.
Menurut Najib, seharian mereka di sana dan sebilangan besar juga hanya pulang ke rumah selepas waktu makan malam bersama kawan, teman, keluarga. Makan minum berhampiran pejabat, sekolah.
Beli keperluan harian pun kadang-kadang lalu singgah kat kedai runcit dekat pejabat.
Bagaimanapun, katanya, akibat Covid-19, ramai diperlukan duduk di rumah. Maka kesan daripada ini, para peniaga dan peruncit terjejas teruk terutama sekali di kawasan tumpuan pejabat dan sekolah.
Di negeri-negeri lain, kata beliau, penduduknya mengalami kemerosotan juga. Disebabkan ramai tertumpu di Lembah Klang dan dahulunya setiap hari ada orang lalu pekan-pekan kecil – sama ada balik kampung, pelancongan atau urusan lain. Pendapatan dan kehidupan orang kampung bergantung kepada mereka ini.
“Kini? Sudah berkurangan secara mendadak. Saya dapat lihat sendiri banyak kedai, gerai, perniagaan yang sudah tutup. Malah penggunaan kenderaan juga berkurangan, maka keperluan penyelenggaran, minyak, pembelian di stesen minyak dan sebagainya turun mendadak.
“Kedai tayar, kedai mekanik, stesen minyak dan sebagainya terjejas.
Salah satu implikasi besar daripada ini ialah jatuhnya pendapatan – bukan sahaja syarikat-syarikat atau pemilik perniagaan tetapi pekerja-pekerja juga.
“Kita kena faham. Ramai pekerja yang mendapat gaji harian atau bergantung kepada sales. Dengan pendapatan yang kurang ini, perbelanjaan kita pula terpaksa berkurangan. Kurangkan dari segi makanan, pakaian, dan buat penjimatan.
“Banyak kali kita dengar kebelakangan ini: “Apa yang boleh guna, gunakan dulu” “Apa yang boleh tunda pembelian, tundalah dulu”
Kata Najib, implikasi seterusnya terhadap peniaga, peruncit dan pekerja mereka. Dan berulang lagi kitaran ini. Inilah dia kitaran ekonomi.
“Amat perit hidup rakyat pada masa ini. Bagi sesiapa yang mampu, di mana sahaja kita berada atau dalam perjalanan ke mana-mana, bantulah perniagaan kecil-kecilan. Sama-sama kita jaga sesama rakyat Malaysia,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button