NasionalNegeriPendidikan

Program MPCCSustAWARD23 dilancar di POLIMAS Jitra

MALAYSIAN Polytechnic and Community College Sustainability Award 2023 (MPCCSustAWARD23) dilancarkan di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS), Jitra baru-baru ini.

Pengarah POLIMAS, Rosli Idris berkata, program ini dianjurkan bagi menilai sejauhmana keberkesanan Blueprint SmartGreen PolyCC 2022-2026 (BSGPC) yang dibangunkan dengan visi memperkasakan budaya hijau dan melestarikan Politeknik dan Kolej Komuniti di seluruh negara.

Rosli Idris melancarkan Jerayawara dan MPCCSustAWARD23 di POLIMAS, Jitra.

“Malah MPCCSustAWARD23 kali ini yang bertemakan ‘Join POLYCC’s Green Movement for Sustainable Future’ adalah sangat tepat dan relevan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan sempena majlis Jerayawara dan Pelancaran MPCCSustAWARD23 di POLIMAS secara fizikal dan juga secara online di seluruh Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia yang diadakan baru-baru ini.

Sementara itu Pengarah Program, Dr Syaiful Nizam Ab Rahim berkata, penganjuran kali ke empat ini mempunyai makna yang sangat penting bagi masa depan negara.

“Melalui usaha-usaha kecil kita dalam memperbaiki lingkungan sekitar, kita dapat memberi impak yang besar dan memastikan kelestarian alam sekitar untuk generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata, antara program di sepanjang MPCCSusAWARD23 adalah Anugerah SmartGreen PolyCC, Anugerah Kategori Penjimatan Air, Landskap Hijau, Pengurusan Pengangkutan, Penjimatan Tenaga Elektrik, Pengurusan Sisa, Perolehan Hijau dan Projek Hijau.

Warga Politeknik dan Kolej Komuniti pada majlis Jerayawara dan Pelancaran MPCCSustAWARD23 di POLIMAS.

Selain itu katanya juga dianjurkan juga Siri WEBINAR, tangggungjawab sosial universiti (USR) bersama komuniti, Kertas Penyelidikan Mampan, Anugarah Green Project Management (GPM) dan Anugerah UI Green Metric.

“Harapan saya dengan penganjuran pertandingan untuk anugerah ini akan dapat meningkatkan penglibatan pelajar, wargaPOLYCC dan komuniti setempat, dalam usaha memastikan kelestarian alam sekitar seiring dengan situasi semasa, di mana kita sedang menghadapi cabaran besar dalam menjaga bumi kita,” katanya.

Salah seorang warga politeknik, Ismail Hashim ketika ditemui berkata, program ini sangat baik kerana ia mendedahkan warga POLYCC untuk menjaga dan memastikan kelestarian alam sekitar dijaga tidak kira di mana berada demi generasi akan datang. – SM

BACA IPITEx 2023: POLIMAS Jitra rangkul pingat emas, dua Anugerah Khas

BACA POLIMAS juara Pidato Perdana Piala Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa

(Visited 250 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button