Nasionalpilihan

Kerajaan pandang serius isu Littoral Combat Ship (LCS) yang disiasat SPRM

Kerajaan memandang serius isu Littoral Combat Ship (LCS) yang sedang dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, perkara tersebut akan dibincangkan secara terperinci dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini.

Jemaah Menteri juga telah memutuskan untuk menggesa SPRM agar menyegerakan siasatan dan sekiranya terdapat bukti kukuh, Peguam Negara hendaklah membuat pendakwaan dan mereka yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan.

“Saya telah memanggil Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki selepas Mesyuarat Jemaah Menteri untuk segera bertindak selaras dengan keputusan mesyuarat.

“Dalam masa yang sama, mesyuarat membuat keputusan agar Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri
Ambrin Buang dibenarkan untuk disiarkan kepada umum,” katanya.


Perdana Menteri berkata demikian mengulas isu Littoral Combat Ship (LCS) yang sedang hangat dibicarakan ketika ini.

“Jemaah Menteri juga mencadangkan supaya Laporan Pengauditan Forensik Projek LCS yang dijalankan pada tahun 2019 dinyahklasifikasikan (declassify).

“Namun, proses ini perlu mendapat nasihat dan pandangan Peguam Negara dan Ketua Audit Negara terlebih dahulu,” katanya.

Keputusan Jemaah Menteri hari ini tidak akan menggangu Proses Mobilisasi di bawah Pelan Pemulihan LCS yang diputuskan Jemaah Menteri pada 20 April 2022.

“Kerajaan komited untuk meneruskan projek ini atas kepentingan pertahanan negara selaras dengan keperluan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Saya bagi pihak Kerajaan, memberi jaminan bahawa siasatan berhubung isu ini dijalankan dengan telus dan Kerajaan tidak akan melindungi sesiapa pun yang terlibat,” katanya.

(Visited 55 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button