Nasionalpilihan

Lelaki maut akibat pergaduhan, lima lelaki ditahan

POLIS menahan lima suspek lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pergaduhan hingga mengakibatkan seorang maut di tepi jalan Taman Taragon Puteri, Batu 9, Cheras, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pergaduhan itu kira-kira pukul 6.45 petang.

“Sebaik saja anggota polis tiba di tempat kejadian, kita mendapati mangsa berada dalam keadaan berlumuran darah.

“Mangsa juga disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak pegawai perubatan yang hadir ke tempat kejadian,” katanya.

Menurut Mohd Zaid, hasil siasatan awal mendapati motif pergaduhan disyaki berkaitan dengan isu hutang.

Jelasnya, siasatan juga mendapati suspek bersenjatakan pisau dan batu-batu melalui kesan kecederaan fizikal pada mangsa.

“Bertindak atas maklumat, kita telah menjalankan operasi khas bagi mengesan kesemua saspek yang terlibat di dalam kejadian itu.

“Sehingga jam 3.30 pagi tadi, kesemua lima suspek lelaki yang terlibat di dalam pergaduhan tersebut telah berjaya ditangkap.

“Kesemua suspek berusia lingkungan 39 hingga 48 tahun,” katanya.

Ujarnya, kesemua suspek direman bermula hari ini sehingga 8 Ogos depan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tambahnya, mereka yang mempunyai maklumat boleh hadir ke balai polis berdekatan dan berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Kes, Asisten Superintenden Mohd Radzee Jamudi. -SM

(Visited 197 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button