NasionalNegeri

Muhammad anak kelahiran Jejawi jawat Ketua Polis Perlis baharu

SEKALI lagi anak jati Perlis dilantik secara rasminya bagi mengalas tanggungjawab sebagai Ketua Polis yang baharu.

Datuk Muhammad Abdul Halim, 53, yang berasal dari Jejawi, Arau ini menyifatkan dirinya bagai “sireh pulang ke gagang” serta berharap dapat menabur bakti kepada negeri kelahirannya.

Muhammad Abdul Halim Ketua Polis Perlis

Beliau berucap demikian semasa Majlis Serah Tugas Ketua Polis Perlis di Dewan Serbaguna di Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) di Kangar, hari ini.

Pada majlis berkenaan, Muhammad menerima serah tugas daripada Pemangku Timbalan Ketua Polis, Senior Assisten Komisioner, Baderulhisham Baharuddin.

Ia disaksikan oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Hazani Ghazali.

Juga diadakan serahan tugas oleh Pemangku Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Perlis, Wahida Shariff kepada Datin Rosita Mohd Khair sebagai Pengerusi baharu.

 

Muhammad adalah Ketua Polis Perlis Ke-19.

Jawatan terakhir beliau sebagai Timbalan Pengarah KDNKA, Pasukan Gerak Am (PGA), Jabatan KDNKA.

Sebelum ini Ketua Polis Perlis juga disandang oleh anak negeri ini iaitu Datuk Surina Saad yang bersara wajib. -SM

BACA Pergolakan Palestin jadi semangat kepada rakyat pertahan negara-Raja Muda Perlis

(Visited 289 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button