Berita

MCMC mohon henti sebar video insiden Helikopter terhempas

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengeluarkan kenyataan henti sebarkan video berhubung nahas eksiden helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TULDM) bagi menghormati keluarga mangsa.

”Sebagai badan berkanun yang mengawal selia penggunaan kemudahan rangkaian dan perkhidmatan rangkaian, MCMC ingin memaklumkan orang awam bahawa penghantaran komunikasi yang mempunyai ciri-ciri mengancam, menyakitkan hati atau mengganggu orang lain, adalah satu perbuatan yang dilarang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998).

”Justeru, MCMC ingin menasihatkan orang ramai untuk tidak memuat naik atau menyebarkan video insiden tersebut bagi mengelakkan apa-apa kesalahan dilakukan di bawah AKM 1998. MCMC juga menasihatkan mana-mana pihak yang telah memuat naik video melibatkan insiden berkenaan untuk memadamkannya.
Pengguna Internet perlu lebih sensitif dan menghormati keluarga mangsa yang ketika ini sedang bersedih di atas kejadian yang menimpa ahli keluarga mereka”, katanya dalam satu kenyataan rasmi.

Untuk maklumat kejadian yang terjadi pada pagi Selasa lebih kurang 9.45 pagi itu melibatkan 2 helikopter terhempas kesemua mangsa yang meninggal dunia seramai 10 orang semasa melakukan raptai bersempena sambutan Hari Ulang Tahun TULDM ke-90.

Artikle Berkaitan :>

Senarai nama mangsa nahas tragedi helikopter di Lumut

Nahas helikopter Lumut: ‘Tiga kali raptai sebelum terhempas’

(Visited 66 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button