Politik

PRN: Amirudin terkejut Anwar umum kekal jadi MB Selangor

PENGERUSI Pakatan Harapan (PH) Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Amirudin Shari kekal sebagai Menteri Besar Selangor sekiranya gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.

Anwar yang juga Perdana Menteri berkata, ia berikutan prestasi baik Amirudin yang juga merupakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sepanjang menerajui kerajaan negeri Selangor dengan membawa masuk banyak pelaburan ke negeri itu.

“Ini kali pertama saya umum Amirudin kekal sebagai MB, dia pun terkejut,” kata Anwar ketika berucap pada majlis Sentuhan Agro Madani di Sekinchan, Selangor.

Minggu lalu, dalam wawancara bersama Bernama, Amirudin yang memegang tampuk pentadbiran negeri Selangor pada 2018 membayangkan terus menerajui kepimpinan negeri.

Wakil rakyat tiga penggal di DUN Sungai Tua itu berkata, secara umumnya kepimpinan PH di peringkat negeri sepakat dan bersetuju beliau terus mentadbir Selangor sebagai Menteri Besar.

Untuk rekod, Amirudin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang pada 19 Jun 2018 selepas Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melepaskan jawatan itu berikutan pelantikannya sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi. – FMT – SM

BACA PRN Selangor: ‘PM, TPM akan putuskan kerusi yang belum dimuktamadkan’ – Amirudin

BACA PRN: Amirudin bersedia berdepan Azmin Ali

(Visited 129 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button