Nasional

Peluang tampil kreativiti sempena pertandingan filem & video pendek

Mahasiswa universiti awam dan swasta berpeluang menampilkan kreativiti mereka sempena Festival Filem Pelajar Malaysia (FFPM) ke-13 anjuran bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Prof Madya Ts. Dr Muhammad Zaffwan Idris.

Dekan Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK), Prof Madya Ts. Dr Muhammad Zaffwan Idris berkata sejumlah RM100,000 hadiah keseluruhan yang ditawarkan dalam beberapa kategori pertandingan termasuklah kategori utama Filem Pendek (5-15 minit), Filem/Video Pendek Antarabangsa ( 5-15 minit), Filem Dokumentari (10-20 minit), Filem Animasi (5-15 minit), Filem Iklan Khidmat Masyarakat (1-3 minit), Filem/Video Eksperimen (5-15 minit) serta Video Klip/Muzik Video (2-5 minit).

Poster Pertandingan Filem &Video Pendek.

Beliau berkata penganjuran FFPM ini diadakan secara kolaborasi strategik antara UPSI dan FINAS bertujuan untuk menyungkil bakat-bakat muda dalam industri kreatif negara, setelah lebih lima tahun pertandingan ini tidak dijalankan.

Justeru , katanya, mahasiswa di semua universiti awam dan swasta perlu mengambil peluang menyertai pertandingan berkenaan untuk menampilkan dan menguji kreativiti masing-masing.

Mereka yang berminat boleh melihat maklumat pertandingan yang tarikh tutup penerimaan penyertaan pada 16 September 2022 dan mengisi borang penyertaan menerusi pautan:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSebOnOkuFW5ngSfM0vI8KQDAEcVMg8d4YmiFDuAq56SmbIXrg/viewform

 

(Visited 554 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button