Nasionalpilihan

Peneroka FELDA terima tambahan pendapatan sehingga RM162 juta bagi setiap kenaikan

Peneroka dapat menerima tambahan pendapatan sehingga RM162 juta bagi setiap kenaikan 0.5 peratus kadar perahan minyak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pencapaian tersebut mewakili pertambahan sebanyak 2.71 tan sehektar berbanding hasil purata peneroka bagi tahun 2021.

“Saya berbesar hati ingin berkongsi bahawa peningkatan produktiviti ini telah membawa kepada penciptaan nilai atau value creation buat warga peneroka dengan jumlah melebihi RM1 bilion setahun.

“Jika disoroti kembali kejayaan FELDA dalam bidang perladangan, pelbagai kemajuan dicapai termasuk pemerkasaan mekanisasi dan teknologi dalam pengurusan ladang peneroka, sehingga produktivitinya dapat ditingkatkan kepada purata 20 tan sehektar setahun, pada tahun ini,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian dalam program Sambutan Hari Peneroka FELDA Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Padang Awam FELDA Rentam, Raub, Pahang.

Kata Perdana Menteri lagi, FELDA juga berjaya mengurangkan kos operasi ladang dengan penjimatan RM200 juta kos pembelian baja apabila Smart Plantation Management Solution (SPMS).

“SPMS adalah sebuah aplikasi pintar yang diguna pakai membolehkan pembelian baja dibuat berdasarkan dirian pokok berbanding keluasan kawasan.

“Penjimatan juga disokong dengan sumber alternatif dan bahan buangan kilang seperti tandan buah kosong serta abu tandan,” katanya.

Dalam masa sama, FELDA bukan sahaja memainkan peranan yang besar dalam sektor perladangan tetapi turut sama menyumbang kepada sekuriti makanan negara.

“Menerusi mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi pada bulan Jun lalu, saya telah mengumumkan lima langkah bagi menjamin sekuriti makanan termasuk memperkasa ekosistem agromakanan dengan bekalan rantaian diterajui oleh GLC, GLIC dan agensi kerajaan.

“Alhamdulillah saya lihat FELDA memanifestasikan komitmen yang begitu utuh dalam membawa saranan ini. Melalui Program Pembangunan Peneroka (PPP) yang dilaksanakan sejak 2019, FELDA telah meluluskan sebanyak 8,542 projek penternakan dan pertanian dengan dana berjumlah RM212 juta,” katanya.

Di samping membantu agenda sekuriti makanan negara, sebahagian projek PPP juga telah mula berhasil dan dapat memberikan tambahan pendapatan kepada 56,699 orang peneroka dengan purata RM250 hingga RM500 sebulan. – SM

 

(Visited 365 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button