Hiburan

Eemrun luah rasa kehilangan nenek dalam lagu

DALAM setiap lagu yang dicipta, pasti ada maksud tersendiri sama ada berdasarkan kisah orang lain mahupun pengalaman sendiri.

Tampil dengan lagu berjudul Emosi, Eemrun memberitahu yang idea dan melodi untuk mencipta lagu itu datng secara tiba-tiba ketika dia bergelut dengan perasaannya.

“Idea dan melodi lagu itu datang secara tiba-tiba pada pukul 3 pagi ketika dirinya bergelut dengan emosi selepas kehilangan nenek tercinta.

“Lagu ini mempunyai mesej yang sangat mendalam. Ketika itu saya berasakan diri kosong dan tidak mempunyai emosi selepas kematian nenek,” katanya.

Menurut Eemrun, dia kehilangan tempat mengadu selepas kematian neneknya dan apa yang dilaluinya itu diterjemahkan ke dalam lagu tersebt.

Jelasnya, apabila pendengar mendengar lagu ini, mungkin mereka boleh kaitkan dengan cinta atau ketika kehilangan seseorang.

:Bagi saya, lagu Emosi kena dengan cita rasa orang kita yang mana mereka boleh terima melodi yang dipersembahkan dalam lagu ini. Kalau mereka mendengar pasti dapat rasa dan boleh dijadikan terapi,” katanya.

Berkongsi mengenai langkahnya terjun dalam pasaran muzik komersial, Eemrun berkata ia satu lagi percubaan baharu dalam hidupnya seperti mana ketika terbabit dalam muzik underground.

“Sebelum ini saya artis underground saja. Saya buat lagu dan muat naik di YouTube. Selepas menghasilkan 20 lagu, kiranya lagu Emosi ini adalah yang pertama menjengah pasaran komersial. Semua lagu dihasil dan disiapkan sendiri di rumah.

“Apabila melangkah secara rasmi dalam pasaran muzik komersia, saya anggap ini adalah perkara baharu yang saya perlu cuba. Sama seperti underground dulu. Cuma, apa boleh dikatakan kali ini saya nak ‘upgrade’ diri. Dalam masa sama, saya percaya dengan hasil kerja, sebab itu nak masuk secara komersial,” katanya.

Menjadikan pemuzik underground di Amerika Syarikat, Linkin Park dan ramai lagi sebagai rujukan muziknya, Eemrun berkata dia tetap tidak melupakan pemuzik tempatan.

Malah, lagu-lagu daripada kumpulan Hujan, Bunkface dan YonnyBoi antara yang menjadi perhatiannya.

Lagu Emosi kini sudah tersedia di semua platform muzik digital seperti Spotify, Apple Music, iTunes, KKBox, Deezer dan Joox dan video muzik akan ditayangkan di saluran YouTube Universal Music Malaysia. -SM

(Visited 234 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button