fbpx
Hiburan

Risau dengan Covid-19, Fazley Yaakob minta sekolah ditangguhkan

JUMLAH jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat membuatkan ramai yang risau terutamanya melibatkan golongan ibu bapa.

Antara yang menyatakan kerisauan ialah cef selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob yang menggesa supaya sesi persekolahan ditangguhkan seketika.

“Cikgu dan murid-murid harus mula dicutikan sekolah sebelum terlambat.

“Anda tak risau ke? Setuju tak dengan apa yang saya sarankan. (Dalam diam saya amat yakin ramai ibu bapa berkongsi pendapat sama dengan saya),” katanya.

Ramai yang bersetuju dengan pendapat Fazley terutamanya di ruangan komen dan menyatakan kerisauan terhadap kesihatan anak-anak mereka.


Malah, undian yang dilakukan Fazley di ruangan Instastory pula menyaksikan majoriti menyatakan persetujuan untuk sekolah ditutup.

Angka Covid-19 di dalam negara semakin meningkat saban hari dengan jumlah keseluruhan angka jangkitan dicatatkan sebanyak 691 kes. -SM

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button