NasionalPolitik

Waytha umum sokongan kepada BN

Bekas menteri perpaduan negara P Waytha Moorthy mengumumkan sokongannya kepada Barisan Nasional menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Waytha, yang mengetuai Parti Kemajuan Malaysia (MAP), memberitahu dia mahu menyelesaikan misinya membantu kaum India yang miskin dan tertindas.

“Saya telah menunggu cukup lama untuk jawapan Pakatan Harapan terhadap permintaan saya untuk menyertai gabungan mereka,” katanya sambil menambah bahawa beliau telah menunggu jawapan selama dua tahun.

“Saya rasa Anwar Ibrahim tidak mahu sebarang kerjasama bersama saya. Saya menghormati keputusannya dan perlu meneruskan demi masyarakat yang saya wakili.”

“Saya telah menunggu cukup lama untuk jawapan Pakatan Harapan terhadap permintaan saya untuk menyertai gabungan mereka,” katanya sambil menambah bahawa beliau telah menunggu jawapan selama dua tahun.

“Berdiam diri daripada Pakatan Harapan bukan pilihan bagi saya. Saya rasa Anwar Ibrahim tidak mahu sebarang kerjasama daripada saya. Saya menghormati keputusannya dan perlu meneruskan demi masyarakat yang saya wakili.”

Waytha berkata, beliau mempunyai urusan yang belum selesai dalam memastikan masyarakat India menjadi sebahagian daripada ekonomi arus perdana dan perkhidmatan awam.

“Misi saya adalah untuk menyediakan dan mewujudkan peluang kepada golongan belia baik dalam kerajaan mahupun swasta.

“Misi saya adalah untuk menangani kemiskinan tegar yang menjejaskan peratusan besar masyarakat.”

Beliau juga berkata beliau mahu memastikan golongan muda India, khususnya yang tercicir dari sekolah, menerima latihan dan mempunyai alternatif untuk mengembangkan kemahiran dan kapasiti pendapatan mereka.

Waytha, penggerak utama perhimpunan Hindraf pada 2007, berkata beliau telah pun merangka rancangan untuk menyelesaikan masalah masyarakat.

“Adalah penting bagi sesiapa yang menjadi perdana menteri memahami isu yang dihadapi oleh masyarakat India.

“Apa yang penting bagi saya ialah menyokong seorang perdana menteri yang akan membantu saya dalam membina komuniti kita dan memenuhi perjalanan dan misi hidup saya.”

Waytha berkata beliau telah bertemu dengan Pengerusi Barisan Nasional Ahmad Zahid Hamidi.

“Beliau menyokong inisiatif dan rancangan saya untuk masyarakat India. Justeru MAP dan saya akan menyokong BN di bawah pimpinan Datuk Seri Zahid.”

 

(Visited 171 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button