NasionalNegeri

Selangor sedia 24,500 peluang pekerjaan

SEBAGAI langkah menghadapi kesan pandemik Koronavirus (Covid-19), Kerajaan Negeri Selangor menyediakan 24,500 peluang pekerjaan melalui inisiatif Selangor Bekerja.

Dalam inisiatif tersebut, tiga strategi digunakan bagi memastikan objektif menangani isu kehilangan pekerjaan dapat diatasi.

Strategi tersebut adalah strategi konvensional, ekonomi gig dan program peningkatan dan pengasahan kemahiran.

“Setakat 9 Julai 2020, Kerajaan Negeri telah mengenalpasti seramai 18,976 individu kehilangan pekerjaan yang berdaftar di bawah Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) Pertubuhan Kebajikan Sosial Pekerja (Perkeso).

“Melalui inisiatif Selangor Bekerja, Kerajaan Negeri akan menggunakan tiga strategi untuk menangani isu kehilangan pekerajaan.

BACA > Saham akhirat lebih bernilai berbanding duit – saksi — Suara Merdeka

“Strategi konvensional akan menumpukan program-program karnival kerjaya peringkat daerah dan berskala besar dengan menawarkan 18,000 peluang pekerjaan.

“Kerajaan Negeri telah merangka operasi standard prosedur (SOP) yang mematuhi syarat Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Serta mematuhi Selangor Task Force Covid-19 (STFC) untuk melaksanakan karnival kerjaya ini.”

Demikian kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Belia dan Sukan dan Pembangunan Insan Negeri Selangor, Mohd. Khairuddin Othman dalam satu kenyataan hari ini.

SELANGOR

Menurut Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri itu lagi, inisiatif bagi menangani isu kehilangan pekerjaan juga akan melibatkan usaha secara terus daripada Kerajaan Negeri.

“Selain itu, Kerajaan Negeri akan melaksanakan program Selangor Kerjaya di bawah Menteri Besar Incoprorated (MBI).

“Program tersebut bakal membuka sekurang-kurangnya 2,000 peluang pekerjaan pada tahun 2020,” ujarnya.

BACA > Penasihat khas PM cadang haram iklan produk pemutih kulit — Suara Merdeka

Tambah beliau, beberapa sektor termasuk e-hailing turut menjadi sebahagian daripada program Selangor Bekerja.

“Bagi strategi ekonomi gig, Kerajaan Negeri akan menumpukan tujuh sektor di Selangor.

“Iaitu e-hailing, e-dagang, kejuruteraan, hospitaliti, teknologi, kewangan, dan teknologi maklumat.

“Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) akan jadi pemangkin sektor e-hailing dengan menawarkan 3,000 peluang pekerjaan.

“Selain 1,500 lagi peluang pekerjaan dalam sektor gig yang lain,” jelasnya.

Dalam pada itu, Mohd. Khairuddin turut memaklumkan program peningkatan dan pengasahan kemahiran diadakan menerusi pelbagai inisiatif sedia ada.

Ia termasuklah Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Iktisas Smart Selangor (IKTISASS) dan KPS Entrepreneurship Development Programmes.

BACA > Guru maut jatuh balkoni ketika buat persiapan buka sekolah — Suara Merdeka

“Kerajaan Negeri juga menerima tawaran lisan daripada GiatMARA untuk menggunakan fasiliti mereka di Selangor bagi tujuan upskilling dan reskilling,” katanya. – SM

(Visited 277 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button