Nasional

i-Sinar, KWSP buat pembayaran pendahuluan RM1,000 – Muhyiddin

Proses kategori kedua dipermudahkan

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM24 bilion untuk membantu rakyat dalam menghadapi kesukaran ekonomi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan oleh pandemik Covid-19.

Beliau berkata, untuk pencarum yang membuat pengeluaran i-Sinar, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membuat pembayaran pendahuluan sebanyak RM1,000.

“Permohonan i-Sinar kategori ke dua. Prosesnya dipermudahkan. Ahli isytihar kendiri, ada kriteria ditetapkan, hantar dokumen sokongan dalam talian.

“Kerajaan minta KWSP supaya mempermudahkan proses dan pembayaran dibayar mulai 26 Januari. Maklumat lanjut akan diumumkan oleh KWSP dalam masa terdekat,” kata Muhyiddin.

Beliau berkata demikian pada Perutusan Khas Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung hari ini.


Muhyiddin turut menyentuh tentang pelepasan cukai khas sebanyak RM2,500 ke atas pengguna yang membeli telefon bimbit atau handphone, komputer dan tablet.

“Kemudahan pembelian alat-alat telekomunikasi yang tamat pada 21 Disember 2020 akan dilanjutkan setahun lagi sehingga 21 Disember 2021.

“Industri telekomunikasi juga akan memberi bantuan data 1 GB dan dilanjutkan sehingga April 2021.

“Bagi pakej langganan khas yang diberikan kepada para pelajar SPM dan STPM, akan diperluaskan kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

“Pakej ini akan dilanjutkan sehingga hujung April 2021. Harap kedua dua usaha telekomunikasi tersebut dapat meringankan beban pengguna,” ujar beliau.

Beliau menambah, sebahagian daripada PENJANA, pengecualian cukai jualan kenderaan penumpang pemasangan tempatan dan import siap dilanjutkan sehingga Jun 2021.

“Pengecualian ini diharap dalat terus memacu momentum perkembangan automatif,” kata Muhyiddin yang masih berucap secara langsung sekarang. – SM

(Visited 964 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button