Nasional

Pemandu didakwa mabuk rempuh kedai roti canai

SEBUAH kedai roti canai di Taman Melawati, Ampang dirempuh sebuah kereta dipercayai dipandu lelaki dalam keadaan mabuk.

Kejadian dipercayai berlaku malam semalam ketika pemilik kedai sedang menguli tepung untuk membuat roti canai.

“Pemandu mabuk masuk kedai kami. Nasib baik Allah panjangkan lagi nyawa kami suami isteri.

“Kalau tak, tak tahu la apa nasib. Esok terpaksa tutup kedai la jawabnya,” kata maklumat yang tersebar di laman sosial dipercayai daripada pemilik kedai.

mabuk
Gambar oleh Facebook Nan Nazz.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden Mohd. Azam Ismail mengesahkan kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8.30 malam semalam melibatkan tiga buah kenderaan.

Menurut Mohd. Azam, kemalangan kemalangan berlaku apabila pemandu kereta Perodua Myvi gagal mengawal kenderaannya sebelum melanggar dua buah kenderaan lain yang berada di jalan tersebut.

BACA> Dua kanak-kanak jadi mangsa JE di Pulau Pinang

“Sebuah gerai makan terdapat di tepi jalan terebut juga telah dirempuh oleh kereta yang dipandu suspek.

“Seorang pelanggan gerai yang juga pesara polis berusia 50an mengalami kecederaan di muka kerana terkena serpihan meja di dalam gerai yang dilanggar oleh kereta dipandu suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

mabuk
Gambar oleh Facebook Nan Nazz.

Jelas Mohd. Azam, suspek berusia 42 tahun dan bekerja sebagai jurutera telah ditangkap dan pemeriksaan mendapati tahap kandungan alkohol suspek melebihi had yang dibenarkan.

Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan suspek telah direman selama empat hari sehingga 30 Jun depan.

Tambahnya,motif dan punca kejadian masih lagi dalam siasatan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Nur Nadzirah Abdul Rahim ditalian 03-92740112 atau balai polis berhampiran. -SM

 

(Visited 444 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button