Ekonomi

T7 Global dapat kontrak sediakan khidmat ROV bawah air

SYARIKAT penyedia penyelesaian tenaga T7 Global Bhd. telah memperoleh kontrak menyediakan perkhidmatan kenderaan kawalan jarak jauh mini (ROV) bawah air untuk perkhidmatan bawah laut Pan-Malaysia bagi kontraktor pengaturan petroleum – Pakej B.

T7 Global melalui anak syarikat milik penuhnya Tanjung Offshore Services Sdn. Bhd., pada 12 Julai telah menerima surat dari Pioneer Pegasus Sdn, Bhd,, yang merupakan pemegang kontrak Pan-Malaysia.

“Nilai kontrak berdasarkan harga yang ditetapkan dalam tawaran. Kontrak ini berkuat kuasa mulai 12 Julai hingga tamat kempen pemeriksaan platform pada akhir 2022,” tambahnya.

(Visited 89 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button