Ekonomi

Buat perabot aluminium lebih menguntungkan

APABILA berbicara tentang pembuatan perabot, dalam minda masyarakat kita sudah terpahat gambaran perabot yang diperbuat daripada kayu. Pekerjaan itu bagaimanapun ditolak oleh golongan muda kerana membuat perabot kayu, terpaksa berhadapan dengan habuk dan debu-debu kayu dan kotor.

Justeru pekerjaan membuat perabot kayu tidak mendapat tempat di hati kalangan belia di negara ini. Namun ada alternatif pembuatan perabot yang tidak berasaskan kayu-kayan sebaliknya menggunakan bahan aluminium.

Itulah yang cuba diketengahkan oleh Mohamad Shahhalmi Mohamad Salleh atau lebih dikenali sebagai Cikgu Shah dalam kalangan mereka yang pernah mengikuti kelas pembelajaran membuat perabot aluminium.

Menjawat sebagai Pengurus di syarikat miliknya, SD4, Cikgu Shah berkata, setakat ini beliau telah berjaya melahirkan 20 orang usahawan muda yang menceburi bidang pembuatan perabot aluminium.

“Perabot aluminium bukan sahaja menjurus kepada kabinet dapur tetapi juga rak kasut, tingkap, wardrobe dan banyak lagi.


“Cuma golongan muda kita tidak nampak penghasilan ini kerana mereka tidak tahu keuntungan yang diperolehi hasil daripada membuat perabot aluminium adalah lumayan,” katanya ketika tampil sebagai tetamu Live Suara Merdeka tengah hari semalam.

Menurut Cikgu Shah, dalam tempoh lima hari sahaja seseorang itu boleh menghasilkan perabot aluminium sekiranya mengikut kelas yang dikendalikan olehnya.

“Dalam tempoh lima hari ini, saya ajar cara-cara membuat perabot aluminium dan selepas itu, para pelajar boleh menjadikan bidang ini sebagai kerja mereka.

“Ini kerana di Malaysia hanya 30 peratus sahaja yang terlibat pekerjaan sebagai pembuat perabot aluminium manakala yang tidak terlibat, mereka tidak tahu bahawa inilah pekerjaan yang sesuai untuk pelbagai peringkat usia termasuk dalam kalangan mereka yang sudah pencen,” katanya.

Walaupun beliau cuba untuk menarik minat belia untuk mempelajari pembuatan perabot aluminium namun ia masih kurang berkesan.

Sehubungan itu, kata Cikgu Shah, beliau berharap para pelajar yang mengikuti kelas kemahiran, diajar dan didedahkan dengan pembuatan perabot aluminium. – SM

(Visited 169 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button