NasionalNegeri

10 peratus sekolah di Perlis laksana program rintis “Students Go Digital Go Cashless”

Jabatan Pendidikan Perlis berpuas hati apabila 10 peratus daripada 104 buah sekolah di negeri telah menyambut baik bagi pelaksanaan program rintis “Students Go Digital Go Cashless” di sekolah masing-masing.

Pengarahnya, Naharudeen Othman berkata, jumlah sekolah rintis itu dikira berdasarkan sekurang-kurangnya setiap sekolah telah menggunakan tiga atau lebih fungsi yang terkandung dalam Kad QR yang diperkenalkan ini.

“Kita telah bekerjasama dengan syarikat ME12PAY Digital Sdn. Bhd. bagi pelaksanaan program pendigital peringkat sekolah,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program “Student Go Digital Go Cashless” Peringkat Negeri Perlis di Dewan Bestari, Sekolah Kebangsaan (SK) Raja Perempuan (P) Budriah, Chemumar, Simpang Empat, Arau hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Meh12Pay Digital Sdn. Bhd., Adillah Abu Samah dan Guru Besar SK Raja (P) Budriah, Mohamad Ridzuan Hassan.

Sebelum itu, Naharudeen meninjau penggunaan Kad QR oleh murid-murid sekolah tersebut untuk pembelian makanan di kantin secara “cashless” dan urusan penjualan barang kitar semula sebagai menambah duit poket.

Selain itu, SK Raja (P) Budriah juga menggunakan Kad QR untuk merekod kedatangan pelajar ke sekolah.

Naharudeen berkata, ada juga sekolah yang menggunakan Kad QR ini untuk Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dan pengesahan kerja rumah (homework).

Beliau berkata, apa yang penting teknologi digital yang termasuk dalam subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) dapat dipraktikkan oleh murid-murid.

“Ia bukan saja membuka minda pelajar malah ibu bapa supaya tidak ketinggalan dengan teknologi digital yang berkembang pesat ini,” katanya.

Naharudeen berkata, setakat ini pihak sekolah dibenarkan untuk memilih mengikut keperluan masing-masing bagi pelaksanaan program rintis ini.

“Boleh pilih 15 fungsi yang di senaraikan pada Aplikasi Me12pay ,” katanya.

Bagaimanapun katanya, syarikat berkenaan juga menyediakan fungsi tambahan mengikut keperluan sekolah yang mengambil bahagian tanpa sebarang kos. – SM

(Visited 440 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button