Hiburan

Syafiq Kyle dan Mimi Lana batal nikah, Mimi tutup ruang komen di Instagram seolah kecewa

Lagi nak seminggu nak kahwin pasangan pelakon popular, Syafiq Kyle dan Mimi Lana batal pernikahan yang akan berlangsung lagi seminggu.

Perkara itu disahkan oleh pengurusan artis berkenaan, Iman Tang menerusi satu mesej ringkas yang dihantar kepada tetamu dan jemputan khas.

Mimi Lana dan Syafiq Kyle masih berdiam diri

“Saya dan pihak pengurusan ingin mengumumkan bahawa majlis pernikahab dan resepsi Mimi Roziana dan Muhammad Syafiq Shamim yang dijadualkan pada 18 Ogos 2023 di Puncak Rimba telah dibatalkan atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.

“Mohon maaf atas segala kesulitan maklum,” maklum Iman Tang.

Rakan-rakan artis yang menerima mesej itu juga turut terkejut, sepatutnya diadakan pada sebelah pagi di Puncak Rimba, Bentong, Pahang manakala resepsinya akan adakan sebelah malam berkonsepkan acara dalam taman.

Berita pembatalan ini menggemaparkan industri seni tempatan apatah lagi Mimi baru Sahaja meraikan majlis ‘bachelorette’.

Pihak media cuba untuk mendapatkan jawapan dari Syafiq Kyle namun gagal.

Sementara itu, Mimi juga seperti mengesahkan berita itu apabila memuat naik puisi berbahasa Inggeris tanpa meletakkan tanda noktah, Mimi turut menutup ruangan komen pada hantaran tersebut.

Pasangan ini melangsungkan pertunangan secara tertutup pada 21 Januari lalu, terdahulu pasangan ini pernah putus cinta pada Mei pada Mei 2020 selepas lima tahun bersama namun hubungan mereka kembali bersama.

Artikle Berkaitan :>

Bukan Mimi Lana yang bertunanglah..

Mimi Lana kena tegur sebab tengok suami orang

(Visited 611 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button