Nasionalpilihan

Pemandu lawan arus hingga menyebabkan dua maut rupanya positif ganja

SEORANG pemandu yang membawa kenderaannya secara melawan arus hingga merempuh sebuah kereta lain dan menyebabkan dua maut disahkan positif ganja.

Kemalangan tersebut berlaku di Kilometer 8.6 Lebuh Raya Persekutuan pagi tadi melibatkan kereta jenis Mitsubishi Triton (lawan arus) dan Proton Wira.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, hasi ujian saringan mendapati suspek positif dadah jenis ganja.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu Mitsubishi Triton dipandu melawan arus dari Kuala Lumpur ke Klang.

“Manakala, dua remaja berusia lelaki dan perempuan berusia 18 dan 19 tahun itu dari arah bertentangan kemudiannya bertembung sebelum meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Kedua-dua mangsa yang maut ialah Nur Afiqah Abdul Karim, 18, (pemandu) dan penumpangnya, Muhammad Hafiz Syami Dzul Asri, 19.

Dalam pada itu, Baharudin berkata, suspek kini direman enam hari bermula hari ini dan kes disiasat dibawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tambahnya, mereka yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Shah Alam, Inspektor Muhammad Hasrul Suhiami di talian 01131215697. -SM

(Visited 427 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button