Hiburan

Alvin Chong bangga jadi model Longines

MENCIPTA nama sebagai artis, anak kelahiran Malaysia, Alvin Chong terpilih sebagai model jam tangan jenama Longines.

Tema Longines “Keanggunan adalah suatu sikap” ia cocok dengan Alvin yang mempunyai ciri-ciri tersebut.

Bersama-sama Alvin untuk memulakan kerjasama ini, Longines telah melancarkan siri kempen yang dibintangi beliau sendiri.

“Dalam kempen pertama, bersama Longines, Alvin memakai The Longines Master Collection dan The Longines Legend Diver Watch.

“Jam tangan ini menampilkan rekaan yang lebih lasak namun masih anggun dan berkarakter moden seperti koleksi jam tersebut,” kata satu kenyataan dari pihak Longines.


Sementara itu, Alwin berkata, beliau merasa bangga dapat berkongsi nilai-nilai yang sama dengan seluruh dunia.

Katanya, ia satu penghargaan besar kerana dapat menyertai keluarga Longines yang penuh dengan nama-nama besar dunia dalam lakonan dan sukan seperti Eddie Peng.

“Saya benar-benar teruja dengan kerjasama ini,” kata Alvin.

Sedikit imbasan kerjaya Alvin, beliau memulakan langkah sebagai penyanyi dan kemudiannya terjun ke dunia lakonan.

Lakonannya dalam drama Suri Hati Mr. Pilot dan Awak Suka Saya tak meninggalkan kesan di hati peminat.

Takdir Yang Tertulis telah menaikkan nama Alvin Chong dalam dunia seni dan hiburan tanah air.

Sepanjang kerjaya lakonannya, beliau telah mendukung banyak watak dalam pelbagai drama bersiri dan filem berbahasa Malaysia dan Cina.

Kemunculannya sebagai penghias muka hadapan majalah menjadikan Alvin Chong sebagai ikon fesyen. – SM

(Visited 128 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button