HiburanMedia massa

Disengat tebuan, bibir membengkak macam Angelina Jolie

 

MALANG tidak berbau itu lah yang boleh dikatakan kepada pelakon, Harris Anuar apabila disengat tebuan sehingga membuatkan bibirnya membengkak dengan saiz luar biasa.

Menurut Harris, kejadian berlaku pada waktu subuh ketika dia mencuci muka.

Namun, Harris tidak  perasan ada seekor tebuan hinggap di tualanya.

“Kejadian berlaku awal pagi semalam ketika mandi dan mencuci muka, ada seekor tebuan hinggap di tuala saya.

“Saya tak perasan jadi lepas bilas muka saya terus ambil tuala tersebut dan tebuan itu terperangkap antara tuala dengan muka lalu sengat bibir saya,” katanya.

Harris turut berkongsi dirinya terpaksa dimasukkan terus ke hospital dan jika lambat boleh menjadi bahaya.

“Doktor cakap kalau datang lambat tadi bahaya, takut tahap tiga,” katanya

Menurut Harris, keadaannya semakin stabil cuma tekanan darah agak rendah dan bengkak juga semakin surut.

“Alhamdulillah bengkak semakin surut dan stabil, cuma doktor kata kena monitor jantung. Doktor kata ‘annaphilatic shock’ nama reaction itu,” katanya.

Untuk maklumat ‘annaphilatic shock’ merupakan reaksi alergik yang jarang berlaku dan boleh membawa maut jika tidak mendapat rawatan dengan segera. – SM

(Visited 357 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button