Mahkamah

Suspek bunuh rakan di Telemong, dituduh di Mahkamah Majistret Marang

SEORANG remaja wanita dituduh di Mahkamah Masjitret Marang, Terengganu kerana membunuh rakannya sendiri di rumah mangsa.

Pertuduhan terhadap Siti Nur Athirah Azmi, 19 dibacakan dihadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda pagi tadi mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan dan tertuduh dilapor berhadapan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh pada 1 November lalu menyebabkan kematian Siti Nur Surya Ismail, 19 di kediamannya di Kampung Lubuk Batu, Jalan Bukit Tadok, Telemong antara pukul 8.30 hingga 9.30 pagi.

Siti Nur Surya ditemui mati dengan kesan tikaman dipercayai akibat senjata tajam di beberapa bahagian serta putus pergelangan tangan kiri.


Hasil siasatan pihak polis kemudian menyebabkan penahanan Siti Nur Athirah selepas keterangan yang diberi mencurigakan.

Tertuduh yang hadir bersama ibunya di balai polis pada 2 November itu kemudian ditahan selepas memberi keterangan untuk membantu siasatan.

Memetik laporan Astro Awani, tiada jaminan ditawarkan terhadap tertuduh dalam pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amer Abu Bakar Abdullah.

Tertuduh pula diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Mazlan Md Zain.

Siti Nur Athirah tiba di mahkamah pada pukul 9.40 pagi tadi dengan memakai pakaian lokap polis berwarna ungu.

Turut hadir menyaksikan pertuduhan itu adalah ahli keluarganya termasuk ibu dan bapa yang berada di pekarangan mahkamah. – SM

(Visited 165 times, 3 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button