Mahkamah

Bubar DUN Sabah: Keputusan ditangguh Jumaat ini

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menetapkan Jumaat ini bagi menentukan sama ada keputusan Yang Dipertua Negeri Sabah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 30 Julai lepas boleh dibicarakan di mahkamah.

Pesuruhjaya Kehakiman Leonard David Shim membenarkan permohonan  penangguhan oleh plaintif selepas mengambil kira perkara-perkara baru yang dibangkitkan peguam negeri Sabah.

Menurut peguam plaintif Fuad Tengku Ahmad, dia akan menghantar balasan kepada perkara itu pada Rabu, dan pendengaran akan bersambung pada 21 Ogos.

Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dan 32 Ahli DUN membuat permohonan mendapat kebenaran untuk semakan kehakiman terhadap keputusan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin membubarkan DUN.

Mereka menamakan Tun Juhar sebagai responden pertama, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai responden kedua, Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai responden ketiga dan kerajaan Sabah, responden keempat.

Pada 30 Julai, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan mendapat kebenaran Tun Juhar untuk membubarkan DUN serta-merta bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri dalam tempoh 60 hari.-SM

(Visited 165 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button