Mahkamah

Suami isteri didenda RM14,000 abai, pukul anak perempuan

Wartawan Suara Merdeka

MELAKA 1 Jun – Sepasang suami isteri didenda setiap seorang RM7,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh di sini hari ini atas kesalahan mengabai dan memukul anak perempuan mereka tahun lalu.

Hakim Nariman Badruddin menjatuhkan hukuman tersebut terhadap pasangan itu, Mohd. Saufi Md. Paijan, 39, dan Nor Azlina Ab. Aziz, 39, selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Tertuduh didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu terhadap anak kandung mereka berusia 14 tahun di sebuah rumah di Taman Bukit Rambai, di sini, antara jam 7.00 pagi hingga 6.00 petang dan antara jam 6.00 pagi hingga 8.00 pagi pada 16 dan 19 April 2021.

Bagi tindakan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001 dan dibacakan bersama Seksyen 34 kanun keseksaan.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1) AKK 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum penjara 20 tahun atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, kejadian itu disedari oleh guru sekolah mangsa apabila remaja tersebut yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik memberitahu dia telah dipukul oleh ayahnya.

Susulan itu, mangsa dibawa ke hospital dan rawatan lanjut mengesan pelbagai kesan kecederaan baru dan lama di seluruh badannya.

Pihak polis kemudian memberkas ibu dan bapa mangsa pada 22 April 2021, selain merampas senjata dipercayai digunakan untuk mencederakan remaja tersebut iaitu sebatang penyapu, segulung tali pinggang dan pemukul lalat.

Hakim turut memerintahkan pasangan suami isteri itu dikenakan bon jaminan RM2,000 dan seorang penjamin tanpa cagaran dengan syarat tambahan tidak boleh melakukan sebarang pengabaian di bawah jagaan mereka

 

(Visited 516 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button