Politik

Susah sangat ke nak faham Lid – Najib

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad yang mengkritik kehadiran beliau di Tanjung Piai bagi menyokong calon BN Datuk Wee Jack Seng.

Najib berkata, ketika berjumpa dengannya semalam Khalid tidak langsung membangkitkan isu kehadiran beliau sempena hari penamaan calon PIlihan Raya Kecil Tanjung Piai.

Dalam Twitternya semalam, Khalid menyindir Najib kerana hadir di Tanjung Piai sedangkan Najib mengambil cuti sakit (MC) daripada hadir ke mahkamah pada Khamis lalu.

“Bila entah berapa kali saya perlu jelaskan. Hari Khamis saya MC satu hari. Ya, satu hari MC je.

“Hari Jumaat saya tak ada MC tapi setiap hari Jumaat memang tidak ada perbicaraan. Hari Sabtu hari pencalonan. Hari Sabtu mana ada perbicaraan? Susah sangat nak faham ke, Lid?” tanya Najib.

Semalam Khalid mempertikaikan sikap Najib Tun Razak yang mengutamakan penamaan calon BN di Tanjung Piai dari hadir di mahkamah.

Khalid berharap mahkamah menilai sikap Najib yang lebih mengutamakan penamaan calon berbanding urusan mahkamah.

“Demi BN boleh tetapi demi keadilan tak boleh. Lebih pentingkan penamaan calon BN dari mahkamah? Mahkamah hal kecil tak penting?

“Sedangkan, tak hadir penamaan calon ianya tetap diteruskan. Tak hadir mahkamah perbicaraan tak boleh diteruskan. Harap Mahkamah nilai sikap Najib,” katanya dalam ciapannya di Twitter.-SM

(Visited 56 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button