fbpx
Politik

Dr. Latiff mohon maaf kepada yang tersinggung

Ahli Parlimen Mersing Datuk Dr Abd Latiff Ahmad memohon maaf atas kekhilafan beliau berhubung keratan kenyataan video yang tular di media sosial, semalam.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata, kenyataannya telah disalah tafsir dan mungkin mengecilkan hati sesetengah pihak.

“Kenyataan itu adalah kenyataan peribadi bukan mewakili parti. Saya dengan rendah diri ingin memohon maaf sekiranya kenyataan Saya itu menyinggung perasaan sesetengah pihak,” katanya lapor http://www.pnbbcportal.com/.

Menurut Abd Latiff, selaku ahli parti Bersatu beliau  mendukung penuh hasrat Perikatan Nasional.

“Musuh sebenar adalah pihak lawan, jangan biarkan kita bercakaran. Saya sekali lagi memohon maaf atas kekhilafan saya” katanya.


Keratan rakaman video program beliau di Mara yang tular itu menyentuh mengenai ahli politik yang berhijrah daripada parti asal serta kedudukan UMNO di Sabah. – SM

Show More

Related Articles

Back to top button