Politik

Sumpah laknat tiada dalam Islam – Hadi Awang

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin tidak senang duduk hari ini apabila sekutunya sendiri  tidak bersetuju dengan langkah beliau melakukan sumpah laknat.

Ini apabila Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata dalam satu majlis majlis Bicara Santai Ambang 2020 di Kota Kinabalu bahawa tiada dalam Islam sumpah laknat yang dilakukan Najib untuk menafikan penglibatannya dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Presiden Pas itu berkata demikian bagi menjawab soalan seorang pengunjung yang ingin tahu pendiriannya mengenai sumpah laknat yang dibuat Najib di Masjid Kampung Baru baru-baru ini.

“Sumpah laknat atau “li’an” dalam Islam hanya boleh dilakukan sekiranya terdapat tuduhan daripada suami bahawa isterinya berzina dengan orang lain. Isteri boleh melakukan sumpah laknat di masjid bagi menafikan tuduhan tersebut.

“Yang lain (sumpah laknat) tidak ada. Suruh tidak ada, larang pun tidak ada. Jadi kita jangan main-main dengan sumpah ini.Sebab itu Allah tidak menyuruh kita sumpah dalam semua perkara,” katanya seperti dilaporkan oleh FMT.

Bagaimanapun menurut Abdul Hadi, terdapat kaedah lain dalam syarak untuk menafikan tuduhan terhadap seseorang individu.

Menurut Abdul Hadi, individu yang membuat tuduhan perlu menampilkan saksi dan sekiranya ingkar, perlu bersumpah.

Ini kerana ujar beliau, sepatutnya orang yang tuduh tidak ada saksi hanya perlu senyap sahaja dan tidak perlu bersumpah. Itu kaedah seperti dalam syarak,” katanya. – SM

(Visited 634 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button