Politik

Jangan hanya menangguk di air keruh

PERHIMPUNAN Agung UMNO yang bersidang sejak kelmarin dilihat lebih menumpukan kepada faktor lawan mereka, Pakatan Harapan (PH).

Pemimpin-pemimpin mudanya yang berhujah menggambarkan PH sebagai perosak negara ini.

Benar, kepemimpinan kerajaan hari ini gagal mengotakan banyak janji mereka. Mereka juga lupa tentang harapan yang rakyat sandarkan.

Kecelaruan kepemimpinan kerajaan PH, menyebabkan rakyat sekali lagi marah.

Ternyata harapan dan perubahan yang diharapkan berlaku selepas menyerahkan ‘kuasa’ kepada PH, masih tidak kesampaian.

Namun, tindakan UMNO yang cuba ‘menangguk di air keruh’ dengan terus ‘membangkitkan’ kelemahan-kelemahan tersebut di pentas perhimpunan tahunannya mungkin tidak kena.

Mereka seharusnya memfokuskan tentang solusi dan hala tuju parti, bukan berdegar-degar bercakap berkaitan isu yang orang sudah tahu.

Malang bagi UMNO apabila pemimpin-pemimpinnya masih tetap dengan perangai lama.

Mereka lebih menyedari kelemahan pihak lawan daripada melihat kekurangan diri sendiri.

Mungkin juga ramai pemimpin UMNO semakin lupa punca utama mengapa rakyat ‘berpaling tadah’ memilih PH pada pilihan raya umum lalu.

UMNO jika mahu terus mendapatkan kepercayaan rakyat, harus sanggup berkorban.

Ingatlah rakyat masih belum dapat melupakan isu-isu besar yang terpalit pada pemimpinnya.

Jika mereka masih ‘menutup mata’ terhadap hal-hal integriti ini, berdiri di pentas mana pun, UMNO tetap akan kehilangan maruahnya.

Hanya dengan pengorbanan sahaja akan membuktikan parti Melayu ini benar-benar mahu berjuang demi rakyat atau sebaliknya.

(Visited 59 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button